Pusat servis Nissan bertaraf 3S pertama dibuka di Negeri Sembilan

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar sah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Seremban Victory Credit Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat 3S Nissan miliknya di Seremban, sekali gus memberi kemudahan dan perkhidmatan yang efisien kepada komuniti di Negeri Sembilan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke, yang turut ditemani oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan, dan Pengarah Seremban Victory Credit Sdn. Bhd., Trevor Tham. 

 


“Kami ingin menawarkan kepada anda bilik pameran baharu 3S Nissan Seremban Victory yang kini ditambah baik, lebih besar dan mudah diakses demi memenuhi keperluan komuniti di Seremban. Justeru, dengan adanya kemudahan ini, kami mampu memberikan perkhidmatan dan pengalaman Nissan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Pengarah Seremban Victory Credit Sdn. Bhd., Trevor Tham Lin Sing.

Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi. Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat 3S Nissan baharu itu membolehkan bilik pamerannya mempamerkan sehingga 8 buah model Nissan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggara 40 buah kereta sehari.

 


Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan sebahagian daripada kemudahan yang boleh pelanggan nikmati di pusat 3S Nissan baharu tersebut. 

“Perkembangan ekonomi dan pertumbuhan modal insan di Negeri Sembilan semakin meningkat, maka kehadiran Nissan di Seremban adalah penting untuk memberi kemudahan dan kualiti servis sebuah pusat 3S sepenuhnya, di samping menjaga keperluan para pelanggan kami,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan Kok Leong.

Waktu operasi pusat 3S Nissan Seremban Victory bermula dari 9.00am hingga 6.00pm pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10.00am hingga 5.00pm pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. 

Pusat servis pula dibuka mulai jam 8.00am hingga 5.00pm pada setiap Isnin hingga Sabtu. 

 


Untuk temu janji, pelanggan boleh menghubungi Seremban Victory Credit Sdn Bhd di talian 06-720 2666 atau 06-720 2888.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Holine Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.