PUSAT PEMERIKSAAN WOODLANDS AKAN DIPERLUASKAN LIMA KALI GANDA

oleh Firdaus Razani|
Ramai sedia maklum, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bahawa betapa sibuknya Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura ketika waktu puncak dengan kesesakan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambak antara Singapura dan Johor Bahru dianggap sebagai salah satu pusat pemeriksaan darat yang paling sibuk di dunia.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kecekapan dan pemprosesan di pusat pemeriksaan untuk kesenangan semua pengguna.

 

woodlands

 

Jadi baru-baru ini, terdapat perancangan untuk membangunkan semula dan mengembangkan Pusat Pemeriksaan Woodlands tersebut bermula pada 2025.

Matlamat utama pembesaran pusat pemeriksaan tersebut adalah untuk mengurangkan purata masa pelepasan daripada satu jam kepada 15 minit semasa waktu puncak.

 

woodlands

 

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), Pembangunan semula pusat pemeriksaan itu dijangka bermula pada 2025 dan akan disiapkan dalam beberapa fasa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Setelah dibangunkan semula sepenuhnya, pusat pemeriksaan baharu akan menjadi kira-kira lima kali ganda dari saiz semasa.

Selain itu, Ia juga bertujuan untuk menggabungkan lebih banyak automasi, seperti sistem pelepasan imigresen dalam kereta automatik, dan menjalankan pemeriksaan keselamatan dari "struktur teras pusat pemeriksaan".

 

woodlands

 

Tapak baharu itu juga mungkin menyediakan kawasan pegangan untuk kenderaan, dengan tujuan mengurangkan kesesakan yang meluas ke jalan raya di kawasan itu dan Lebuhraya Bukit Timah (BKE).

Pada fasa pertama, projek itu akan melibatkan pembinaan 21 lorong kargo dua hala dan 78 lorong kereta ketibaan di sambungan di Pusat Bandar Woodlands Lama.

ICA berkata penambahan itu akan meningkatkan kapasiti pelepasan kargo sebanyak 30 peratus dan kapasiti pelepasan kereta ketibaan sebanyak 95 peratus.

Lorong ketibaan untuk kereta juga boleh ditukar kepada 156 lorong ketibaan motosikal apabila diperlukan untuk menguruskan keadaan trafik semasa waktu puncak.

 

woodlands

 

BKE juga akan diperluaskan untuk mewujudkan laluan terus bagi kenderaan yang keluar dari Pusat Pemeriksaan Woodlands ke lebuh raya.

Menurut ICA, perkara itu akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya di kawasan itu pada waktu puncak.

Selain itu, setiap rangkaian jalan juga akan dinaik taraf iaitu sambungan Pusat Bandar Woodlands lama dan BKE yang dijangka siap secara berperingkat mulai 2028.

Pusat Pemeriksaan Woodlands lama yang akan dirobohkan dan dibangunkan semula itu akan disepadukan dengan sambungan di Pusat Bandar Woodlands Lama dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2032.

 

woodlands

 

Menurut ICA dalam membangunkan semula pusat pemeriksaan itu akan menawarkan penyelesaian yang lebih mampan dan jangka panjang kepada kesesakan kronik di lintasan darat ini.

Dijangkakan, jumlah pengguna harian yang melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands itu meningkat daripada kira-kira 300,000 pada masa ini kepada kira-kira 400,000 menjelang 2050.

 

SUMBER : ChannelNewsAsia

Berita Berkenaan

Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…