Pusat pameran 3S Pantai Bharu Corporation Jalan Kapar kini dibuka secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Proton mengumumkan pembukaan rasmi pusat pameran bertaraf 3S Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd yang disempurnakan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Dato Razaif Mohamed, Timb Ketua Pegawai Eksekutif, Abd Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar dan barisan pengurusan kanan Proton.

 

Menurut pemilik dan pemegang saham Pantai Bharu, Dato' Shamshudin Nor berkata, dengan pembukaan pusat bertaraf 3S ini akan dapat memberikan khidmat dan pengalaman pelanggan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Bertempat di Jalan Kapar, pusat pameran 3S ini menyediakan kemudahan dari segi pusat sehenti jualan, servis, dan alat ganti kepada pelanggan, yang dinaik taraf daripada pusat 1S dan 2S yang sebelum ini beroperasi secara berasingan.

 

 

Terdapat kira-kira 12 slot penyelenggaraan yang disediakan dengan 8 unit servis pengangkat, ruang menunggu, 3 ruang serahan kenderaan dan hampir 70 petak parkir kenderaan pelanggan pada satu-satu masa.

Bagi memastikan keselesaan pelanggan terjamin ketika menunggu, terdapat ruangan kanak-kanak bermain, ruang minum, ruangan yang dilengkapi slot pengecasan telefon pintar dan komputer serta Wi-Fi bagi memastikan pelanggan sentiasa berhubung.

 

 

Lokasi yang strategik berhampiran dengan pusat pameran kereta daripada jenama lain di sekitar Jalan Kapar memudahkan para pelanggan melihat daripada satu bilik pameran ke bilik pameran yang lain bagi mendapatkan tawaran yang terbaik.

Dengan penampilan imej korporat terbaharu Proton diharap dapat menarik perhatian para pelanggan, ditambah dengan pencapaian Proton terkini memperlihatkan penjualan naik 50% berbanding bulan lalu dengan penguasaan pasaran mencecah 10%.

 

 

Pencapaian ini disumbang oleh penjualan model sedan yang paling laris, iaitu Saga (naik 70%) dan juga Persona (56%).

Selain daripada itu, kereta Proton juga mencatatkan peningkatan kualiti dan titik demerit yang lebih rendah, terima kasih kepada perlaksaan Audit Produk Pelanggan Global daripada Volvo pada produk-produk terkini Proton.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…