Pusat Jualan dan Servis 3S Volkswagen kini dibuka di Seremban

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan HICOM Auto Sdn Bhd (HICOM Auto) hari ini melancarkan penambahan terbaharu dalam rangkaian Volkswagen - Pusat 3S Volkswagen Seremban. Ia merupakan satu-satunya pusat yang diiktirafkan oleh Volkswagen di Negeri Sembilan dan Pusat 3S Volkswagen kedua oleh HICOM Auto selepas Volkswagen Semenyih.

Memiliki keluasan lebih daripada 24,735 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Seremban ini mampu menempatkan sehingga lapan buah kenderaan dan sebuah ‘lounge’ demi memberi kemudahan kepada para pelanggan. Pusat servis ini mempunyai 13 ruang servis yang dikendalikan oleh 18 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman dan berupaya menyelenggara sehingga 20 buah kenderaan sehari.

Pusat 3S ini terletak di kawasan industri Oakland yang strategik dan menjadi hab automotif di Seremban. Dengan pelaburan awal berjumlah RM1.5 juta daripada HICOM Auto untuk pembangunan, pembelian peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen, latihan dan pemerolehan kakitangan, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan di Seremban 2 serta Negeri Sembilan.

Sebagai perkhidmatan nilai tambah, Pusat 3S Volkswagen Seremban juga menyediakan perkhidmatan “Pengambilan & Penghantaran” kenderaan kepada para pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5km daripada Pusat ini. Bagi memudahkan para pelanggan, penasihat jualan Pusat 3S ini juga boleh menghantar kereta baharu ke rumah atau pejabat di atas permintaan.

 

VW 1

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Pusat 3S Volkswagen Seremban adalah bukti usaha berterusan VPCM dalam memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. “VPCM akan bekerjasama dengan para pengedar demi memastikan penambahbaikan yang berterusan rangkaian kami dan memberi pengalaman pemilikan yang terbaik. “Kami mempunyai hubungan yang baik dengan HICOM Auto dan DRB-HICOM. Kami dapat rasakan bahawa Pusat 3S ini membuktikan komitmen Kumpulan HICOM. Tahniah kepada HICOM Auto atas pelancaran pada hari ini. Terima kasih atas komitmen anda terhadap jenama ini,” kata Winter.

Ketua Automotif, Bahagiam Pengedaran Automotif dan Pengilangan & Kejuruteraan DRB-HICOM Berhad, Rohime Shafie memberitahu pihaknya komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif buat para pelanggan Volkswagen di Negeri Sembilan.

“Kami yakin bahawa kolaborasi di antara Volkswagen dan DRB-HICOM yang merupakan jenama peneraju dalam industri ini akan terus merintis jalan ke arah kerjasama yang memberi manfaat bersama dalam jangka masa panjang.

“Pusat 3S Volkswagen Seremban akan menjadi penanda aras terhadap penambahbaikan rangkaian kami, dari segi perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Dengan permintaan terhadap kenderaan Volkswagen yang kian meningkat, para pelanggan kami kini boleh mengharapkan tempoh menunggu servis dapat dikurangkan secara signifikan. Servis dan penyelenggaraan juga akan lebih pantas serta mudah untuk semua,” kata Rohime.

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam. Pada hari Ahad dan cuti umum, ia dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Perkhidmatan selepas jualan pula dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5:30 petang dan 8:30 pagi hingga 1:00petang pada hari Sabtu.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beetle edisi terhad didatangkan dalam dua rekaan - “Herbie 53” dalam warna putih (Pure White)…
Berita Domestik
Beetles Edisi Terhad ini akan dijual pada harga RM112,112* dengan pengurangan harga sebanyak 18%…
Berita Domestik
  Pastikan anda menyemak jadual jelajah jualan promosi Volkswagen "Sedanza" ini di lokasi-lokasi…