Pusat Flagship Nissan 3S baharu dibuka di Petaling Jaya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Para pemilik Nissan kini berpeluang merasai pengalaman pemilikan baharu dengan mengunjungi Pusat Flagship 3S yang pertama di Petaling Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinaik taraf selaras dengan Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) terkini, pusat 3S baharu itu kini menjadi mercu tanda kecemerlangan peruncitan automotif dan selepas jualan jenama Nissan di Malaysia.

 

2

 

Pusat 3S baharu di Petaling Jaya itu membawa intipati kemewahan Jepun ke persekitaran moden namun berfungsi untuk menerima dan mengalu-alukan pemilik Nissan yang dihormati dan dihargai.

Memakan jumlah pelaburan lebih RM4 juta, Pusat Flagship Nissan 3S yang siap dinaik taraf di Petaling Jaya itu terserlah dengan imej bangunan serta logo baharu yang mencerminkan identiti korporat terkini Nissan.

 

3

 

Pusat 3S baharu itu telah dirasmikan oleh Makoto Uchida, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (NML), diiringi pengarah dan eksekutif atasan NML dan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada 10 Ogos lepas.

Menampilkan ruang keluasan 43,000 kaki persegi, pusat 3S itu menampilkan pelbagai kemudahan baharu termasuk ruang pameran yang mampu memuatkan sehingga lapan kereta.

 

4

 

Meningkatkan lagi khidmat pelanggannya, ia turut menyediakan ruang menunggu pelanggan yang luas dan selesa, di samping dua ruang penghantaran kereta baharu serta tiga pengecas EV.

Ia turut memiliki 25 ruang servis am yang dilengkapi dengan pengangkat, serta ruang khusus untuk penyaman udara dan perkhidmatan penjajaran roda.

 

3

 

Selain itu, bilik individu juga diperuntukkan untuk pembaikan EV dan kenderaan yang memerlukan kerja membaik pulih yang lebih banyak.

Dijamin untuk memberi kepuasan pelanggan terbaik, pusat 3S itu disokong oleh 25 orang juruteknik berpengalaman yang mampu menyelenggara 100 kenderaan setiap hari.

 

5

 

Semua juruteknik di pusat 3S itu diperakui Nissan dan disokong oleh gudang alat ganti yang dilengkapi Alat Ganti Tulen Nissan demi menjamin ketenangan fikiran pelanggan.

Pusat Flagship Nissan 3S baharu itu terletak di alamat Lot 9, Jalan Kemajuan 12/18, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Nissan Malaysia atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…