Pusat 4S Proton Muar baharu - terbesar di selatan

oleh HEZERI SAMSURI|

Proton Holdings hari ini membuka secara rasmi Pusat 4S Proton terbesar untuk jenama itu bagi wilayah selatan.

Terletak di sepanjang Jalan Kesang (jika dari bandar Muar, sebelah kanan sebelum stesen minyak BH Petrol), pusat 4S ini menggantikan pusat servis 3S lama yang terletak di Bakri, Muar.

Dibina di atas tanah seluas 2.14 ekar, ia dilengkapi dengan kemudahan Penjualan, Servis/Khidmat Selepas Jualan, Alat Ganti dan pusat Body & Paint.

Sepuluh ruangan servis (bay) disediakan, di mana tiga ialah khusus untuk servis ekpress.

 

Proton Muar 1

Untuk unit ketuk badan dan cat (Body & Paint) pula, ia mempunyai 16 ruangan servis, termasuk satu bilik mengecat dan empat tempat menghalus (sanding).

Selain dari itu, pusat 4S ini juga mempunyai:

  • Bilik pamer besar dan selesa
  • Kawasan Pelanggan Khidmat Selepas Jualan
  • Ruang servis ekspress
  • Bilik kawalan servis
Proton Muar 5

 

  • Bilik workshop dan bilik overhaul
  • Stor alatganti
  • Tempat simpan stok kereta baharu bertutup untuk 50 kenderaan
  • Tempat parkir berbumbung

Pusat 4S ini sebenarnya telah mula beroperasi pada 1 Jun lalu dan telah mula menerima banyak kenderaan Proton untuk khidmat servis dan pembaikan akibat kemalangan.

Ia turut menjual barangan cenderahati (merchandise) berjenama Proton seperti t-shirt dan beg Proton.

Datuk Ahmad Fuaad Kenali, CEO Proton Holdings, Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan CEO dan Abdul Rashid Musa, CEO Proton Edar turut hadir untuk merasmikan Pusat 4S tersebut dan melawat fasiliti yang dibina.

Untuk penduduk sekitar Muar, anda semua dijemput untuk melawat Pusat 4S Proton baharu ini dan menjamu selera di majlis Hari Raya mereka yang berlangsung sehingga jam 5 petang ini.

Sebenarnya, semua pusat jualan Proton Edar mengadakan jamuan hari raya hari ini.

Selain dari itu, Proton Edar juga telah melanjutkan kempen Amazing 5 sehingga hujung bulan ini di mana pembeli Proton baharu akan menerima pakej servis percuma selama lima tahun.

Amazing bukan?

 

Proton Muar2

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Uncategorized
Proton Holdings Berhad kini masih menjalankan peraduan “Experience the Drive”.   Bagi anda yang…
Telah Diuji
Umum mengetahui, Proton telah melancarkan model Iriz yang dikemas-kini sebulan lalu. Ia datang…
Berita Domestik
DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM/Kumpulan) pada  23 Jun 2017 telah menandatangani Perjanjian Muktamad…