Pusat 3S baharu Daihatsu kini dibuka di Ipoh

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Saga Superior Sdn Bhd, salah satu pengedar sah Daihatsu Malaysia sejak 2006, secara rasminya telah melancarkan Pusat 3S baharunya, yang merangkumi perkhidmatan jualan kenderaan, servis dan alat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemudahan yang baru dinaik taraf di sepanjang Jalan Pasir Puteh 1 bertujuan untuk menyediakan pengalaman holistik dan menawarkan kedai sehenti dengan pengalaman jualan dan perkhidmatan yang lancar.

Ia terdiri daripada bilik pameran sedia ada, kini dilengkapi dengan penerimaan perkhidmatan baharu, ruang rehat pelanggan, 3 ruang servis, ruang baik pulih, ruang cuci kereta, ruang penyimpanan alat ganti dan peralatan khas.

 

2

 

Pusat 3S Daihatsu yang dinaik taraf itu terletak di no. 13 & 15, Jalan Pasir Puteh 1, New Pasir Puteh, Ipoh, 31650, Ipoh, Perak, 31650 Ipoh, Perak.

Sempena pembukaan pusat 3S baharu itu juga, Daihatsu Malaysia turut memperkenalkan pakej servis Daihatsu Rahmah, yang ditawarkan di semua pusat servis Daihatsu seluruh Malaysia.

 

3

 

Pakej servis Daihatsu Rahmah bertujuan untuk meringankan beban pemilik perniagaan SME, dimana ia didatangkan dengan pakej servis mampu milik dengan penjimatan sehingga 38 peratus.

Bermula pada 27 Mei, pengguna Gran Max khususnya digalakkan untuk di mana-mana pusat servis Daihatsu untuk pemeriksaan kenderaan dan penyelenggaraan semasa tempoh kempen untuk menikmati penjimatan hebat dengan tawaran masa terhad.