Pulang ke kampung halaman? Ikuti lima tips utama daripada Waze

oleh Mohamad Hanif|
Pada hari-hari menjelang Hari Raya, akan berlaku penurunan penggunaan Waze sebanyak 5% di Kuala Lumpur kerana para pengguna jalan raya dijangka keluar dari ibu kota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadar trafik ke Terengganu akan meningkat sebanyak 42%, sementara aliran trafik yang memasuki ke Kuala Muda dan Johor Bahru dijangka akan meningkat sebanyak 10%.

Selain itu, para pengguna jalan raya di Malaysia akan turut memandu lebih jauh, dengan peningkatan jarak pemanduan sebanyak 42% di Terengganu, 32% di Kuala Muda, 30% di Johor Bahru dan 20% di Kuala Lumpur.

Jadi, apa yang boleh para pemandu lakukan untuk menjadikan pemanduan balik kampung mereka lebih efektif? Berikut adalah lima tip utama dari Waze!

 

Tip 1: Rancang Perjalanan Mengikut Kawasan


Waze telah mengenal pasti kawasan-kawasan dan waktu-waktu trafik tinggi sepanjang masa ini untuk membantu para pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka dari 12 Jun hingga 20 Jun. 

Berdasarkan data trafik Waze, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak dan Terengganu diramal mengalami peningkatan kesesakan lalu lintas, jadi mereka yang menuju ke negeri-negeri tersebut dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap waktu-waktu terbaik untuk merancang perjalanan mereka.

 


Petua 2: Kongsi Pemanduan anda bersama Keluarga Anda


Semasa anda berada di jalan raya, ibu anda mungkin risau menantikan kehadiran anda pada makan malam bersama keluarga, atau sama ada anda selamat. Tenangkan hati keluarga anda ketika anda dalam perjalanan untuk bertemu mereka.

Dengan hanya berkongsi pemanduan anda, keluarga anda dapat menjejaki pemanduan anda tanpa mengganggu anda dengan mesej teks atau panggilan telefon!

 

3. Elakkan kawasan yang berpotensi sesak


Waze turut mendapati bahawa destinasi-destinasi kegemaran para pengguna jalan raya semasa Hari Raya adalah pusat membeli-belah, di mana trafik meningkat sebanyak 20%, diikuti dengan restoran, hotel, stesen minyak dan bank.

Tidak hairan jika pusat membeli-belah dan restoran menjadi dua destinasi trafik tertinggi kerana kedua-duanya adalah destinasi-destinasi gaya hidup yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, oleh kerana Hari Raya memang elok diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Adalah bijak jika anda tahu tempat-tempat melepak yang sesuai.

 

4. Kongsi Lokasi Anda untuk Memudahkan Pertemuan


Jika anda ingin bertemu dengan beberapa orang rakan lama yang telah lama meninggalkan kampung halaman, anda boleh membantu mereka menjimatkan masa untuk mencari tempat pertemuan anda.

Selalulah berkongsi lokasi atau lokasi destinasi anda supaya anda dapat bertemu dengan rakan-rakan anda tanpa perlu risau tentang kesesakan di jalan raya!

 

5. Perhatikan Kelajuan Kereta Anda


Keselamatan mestilah sentiasa diutamakan walaupun di mana jua anda berada. 

Aktifkan pemberitahuan had laju pada aplikasi Waze anda supaya anda boleh melihat kelajuan kereta anda.

Lebih baik lagi, terima makluman apabila anda memandu pada atau melebihi had laju.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…