Perjalanan tren Argo Anggrek ini bermula dari Stesen Gambir di Jakarta ke Stesen Pasarturi Surabaya di Jawa Timur sejauh 725 km dengan jumlah perjalanan sebanyak dua kali sehari.
Antara keistimewaan yang diberikan oleh PT KAI kepada para pelanggan perkhidmatan ini ialah kerusi serba mewah dengan ciri urutan kuasa elektrik, TV 12 inci, port mengecas jenis USB, tray makanan boleh lipat, bantal serta selimut, ruang meletak kasut, majalah dan penyidai baju - hampir serupa dengan perkhidmatan yang diberikan untuk pelanggan penerbangan kelas bisnes.
Sebuah koc mampu memuatkan sejumlah 18 orang penumpang sahaja dengan promosi tambang permulaan serendah Rp 900,000 (RM256.96++) sahaja sehingga bulan hadapan.
Sumber: The Jakarta Post