PSA akan jalin kerjasama dengan Huawei

oleh HEZERI SAMSURI|
PSA Group yang memegang dua buah jenama kereta Perancis - Peugeot dan Citroen akan bekerjasama dengan Huawei Technologies dari China untuk menghasilkan sistem perhubungan internet terkawal.

Menurut ketua kejuruteraan PSA, Gilles Le Borgne, kerjasama dengan Huawei ialah untuk menghasilkan platform-platform kenderaan yang mampu berhubung melalui internet.

 

Ini bermakna syarikat kenderaan mampu memeriksa keadaan teknikal kenderaan secara online. Ia juga mampu meng-update perisian kenderaan di samping membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan/

Servis pertama akan dilancarkan di Eropah dan China tahun hadapan.

Perkhidmatan lain yang boleh dilakukan ialah mengecaj bateri secara online, memanaskan enjin, informasi trafik dan sistem navigasi serta kemudahan peribadi seperti pembantu peribadi online.

Platform itu diopanggil Connected Vehicle Modulat Platform dan akan memastikan perhubungan antara kenderaan dan "cloud" akan dikawal agar selamat dan tidak mudah digodam.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jualan bulanan Toyota meningkat sebanyak 21 peratus sementara Renault menunjukan peningkatan…
Berita Global
Jenama kenderaan dari Jerman, Opel terus mencatat kerugian untuk tahun ini. Menurut sumber…