Proton yakin hasil usaha naiktaraf rangkaian pengedar

oleh Mohamad Hanif|
2018 merupakan satu tahun yang penting buat Proton, khususnya selepas pengambil-alihan saham sebanyak 49.9% oleh Geely. Kini, pelbagai inisiatif telah diambil bagi memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa yang singkat.

Dengan adanya kerjasama dengan rakan baharu Geely, pelbagai usaha dan harapan diletakkan bagi menaikkan jenama termasuklah menaik taraf lebih 109 pusat bertaraf kepada 3S/4S sebagai satu persediaan untuk menerima kehadiran SUV sulung Proton yang dijangka hadir pada suku keempat 2018.
Kawasaki Legend Reborn

Sebanyak 170 permohonan menaik taraf pusat jualan telah pun diterima sejak Proton memperkenalkan skim baharu kepada pelabur dan pengedar sempena kehadiran SUV pertama Proton. Daripada 170 permohonan yang diterima, terdapat lebih daripada 88 permohonan dilihat berpotensi untuk mendapat kelulusan dan sebanyak 66 permohonan telah pun diluluskan. 



 

Proton optimis perancangan menaik taraf rangkaian pengedarnya pada tahun ini bakal mencapai sasaran dan tepat pada masanya sebelum pelancaran SUV pertama Proton, dan sejajar dengan sasaran yang ditetapkan di dalam fasa-fasa peningkatan menjelang 2020.

Proton kini sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada penambahbaikan kualiti produk dan proses di samping pencarian tenaga kerja yang mahir. Umum telah mengetahui beberapa susuk individu utama automotif telah diserap masuk ke dalam pentadbiran Proton menunjukkan betapa serius Proton berkenaan hal ini. 

Dari segi kualiti kenderaan, Proton kini mula menggunapakai sistem pemarkahan yang diadaptasi daripada Geely dan juga Volvo. Sistem ini membantu Proton mengenal pasti beberapa isu yang sering timbul dan ini memberikan kelebihan kepada pemarkahan skor audit bagi kesemua model keluaran Proton. Lebih usaha dijangka hadir daripada Proton sebagai satu tanda Proton sedang mensasarkan kualiti yang setanding dengan jenama premium yang lain.

Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja, Proton juga turut menghantar beberapa pasukan ke ibu pejabat Geely di China bagi menjana budaya korporat yang lebih bersepadu. Di samping itu, perkembangan ini memperlihatkan persediaan Proton mempersiapkan diri bagi menerima kehadiran SUV canggih itu.



 

SUV terbaharu Proton yang bakal tiba pada suku keempat 2018 tampil dengan beberapa ciri canggih seperti pengiktirafan suara pintar, kamera sekeliling 360°, ciri keselamatan adaptif, bantuan brek kecemasan automatik dan sebagainya. Bagi menarik minat orang ramai, unit awalan SUV tersebut telah dibawa ke pusat-pusat pameran utama dan premis terpilih setiap minggu supaya mereka boleh mendekati dan melihat dengan mata sendiri model tersebut.

Selain tu, Proton juga telah menjalankan kaji selidik bagi penamaan SUV terbaharu itu bagi merancakkan lagi suasana sebelum majlis pelancaran rasmi model terbaru itu tidak lama lagi. 



 

Bersempena bulan April ini, pihak Proton telah melancarkan kempen pembiayaan 0% bagi pembeli baru model Iriz (varian Executive dan Premium sahaja), Ertiga dan Exora. Pembiayaan ini terhad kepada pinjaman lima tahun yang didaftarkan dengan Hong Leong Bank sahaja. Bagi setiap pembelian model Saga dan Persona, pilihan kit badan percuma turut ditawarkan. 

Tidak terhad kepada usaha di atas, Proton juga kini sedang berusaha menambahbaik mutu servis selepas jualan dan membina kembali kepercayaan jenama di antara pengguna dan Proton. Dengan rasa yakin, Proton optimis mampu menghadapi tahun 2018 dengan cemerlang. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
    Cawangan yang dinaiktaraf ini juga mempunyai ruang letak kereta yang luas, dengan 80 tempat…
Uncategorized
Beberapa orang pengedar memberitahu The Malaysian Reserve bahawa kebanyakan pelanggan tertarik…
Berita Domestik
Selain daripada elemen-elemen Malaysia yang diterapkan ke dalam SUV Geely Boyue itu, tidak…