Proton X70 - nampak lebih menarik dari Boyue sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Sesi pengenalan ringkas Proton X70 yang berlangsung hari ini memberikan  satu pandangan menarik di kalangan media yang pernah melihat Geely Boyue sendiri - X70 lebih cantik.

Menurut Azlan Othman, Ketua Rekabentuk Proton, pasukan beliau mengambil serius akan cabaran untuk menjadikan Geely kepada sebuah Proton.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Proton sekarang sudah berada di dalam sebuah keluarga yang besar. Geely mempunyai pusat rekabentuk dan R&D berada di merata dunia termasuk Eropah dan US. Proton perlu elemennya sendiri," terang Azlan.

Sebelum tirai dibuka, penulis sendiri beranggapan pasti tidak ada kejutan besar kerana perkara yang hanya boleh diubah terbatas kepada gril, bamper depan dan belakang dan beberapa panel kecil yang lain.

Namun begitu ternyata sangkaan meleset kerana pasukan Azlan dan Geely berjaya mengubah Boyue itu kepada sebuah SUV yang mirip model dari Eropah.

Seramai 50 peratus dari pasukan Azlan dihantar ke China untuk menyelami budaya rekabentuk Geely dan juga untuk memasukan elemen-elemen Proton dan Malaysia ke dalam SUV itu.

"Kami juga ambil komponen-komponen dari varian-varian Boyue yang sudah ada dan kami gabungkan agar ia sesuai dengan citarasa pasaran Malaysia yang lebih suka kepada sesuatu yang ada gaya Eropah," sambungnya.

Di bawah ialah apa yang kami suka dan tak suka berkaitan Proton X70.


 

 

Corak Infinite Weave
Corak ini digunakan pada gril dan juga beberapa panel di dalam kabin X70, contohnya penutup pembesar suara. 
Corak yang mengambil elemen tradisional Malaysia seperti songket, batik dan awan larat dan sebagainya itu nampak moden dan mahal.

Balutan kulit Nappa
Setelah puas diperli kerana menggunakan kulit gred rendah, akhirnya Proton menggunakan balutan kulit jenis Nappa untuk bagi X70 ini.
Ia adalah varian kulit paling premium dalam industri automotif dan digunakan oleh jenama-jenama mewah.

Gril hadapan bentuk busur (bow)
Proton menggunakan bentuk yang diadaptasikan dari busur untuk gril hadapan.
Ia seperti bersambung terus dengan elemen-elemen pada penutup enjin.

Bahagian enjin bertutup kemas
Seperti BMW dan Mercedes-Benz, ruang enjin X70 ini ditutup dengan panel-panel plastik.
Sebenarnya ia diambil terus dari Boyue tetapi warnanya berlainan sedikit.
Penutup atas blok enjin juga menampilkan logo Proton.
Boleh dikatakan, ini ialah ruang enjin paling cantik untuk Proton dan untuk kenderaan di bawah harga RM150,000.

 

 

Lampu hadapan dengan DRL
DRL ala bentuk VW/Audi ini juga dari Boyue, tetapi nampak sepadan dengan gril baharu SUV ini.

Bamper hadapan Euro yang agresif
Bamper hadapan X70 memang agresif dan cantik, malah ia menjadikan X70 ini lebih cantik dan lebih bersedia dari Boyue sendiri untuk masuk ke pasaran modern seperti Eropah dan Australia.

Bar hitam belakang gaya Porsche
Bar hitam yang menyambungkan lampu-lampu belakang X70 tertera dengan tulisan Proton.
Sebenarnya, ia mengingatkan kami kepada sebuah Porsche. 
Elegan!

 

 

Penutup ruang kargo 
Tonneau cover atau penutup ruang kargo untuk X70 ini juga boleh dijadikan pembahagi atau divider untuk ruang but itu. Ruang itu sendiri dan rata, tanpa bonjolan tayar belakang yang besar. 
Di bawah lantai tersimpan tayar simpanan bersaiz kecil.

Port USB khas untuk dash cam
Ada enam port USB di dalam X70 ini. Dua di kiri dan kanan konsul tengah, satu di dalam kotak simpanan konsul tengah itu sendiri, dua di belakang konsul itu dan satu berada di siling belakang cermin pandang belakang X70 - khas untuk disambungkan kepada kamera papan pemuka atau dash cam.

Soket 12V di ruangan kargo
Ini bijak dan membolehkan anda menggunakan pam untuk pelampung, bola, basikal dan sebagainya.

Panel meter digital sepenuhnya
Panel meter untuk X70 ini ialah paparan skrin digital dan boleh ditukar-tukar bentuk grafiknya.
Canggih!

Penutup tangki minyak
Seperti kereta Eropah, penutup tangki minyak hanya perlu ditekan dan ia akan terbuka.
Tidak perlu menarik tuil dari dalam. Dan bila kereta dikunci, penutup itu turut terkunci.

 

 

Roda aloi 18-inci
Memang seksi dan harapan kami agar tayar 18-inci diturunkan harga.

Pembuka pintu
Pembuka pintu dari dalam nampak bersepadu dengan rekabentuk panel pintu itu. 
Ia memang nampak sangat Eropah.

Arahan suara (Voice Command)
Walaupun tidak ditunjukan semasa sesi tadi, kami diberitahu Voice Command ini boleh memahami arahn dalam Bahasa Inggeris walaupun Bahasa Inggeris yang digunakan ada telor dari utara, pantai timur atau jawa.

Enjin TGDI turbo
Enjin turbo 18L dari Geely ini sudah kami cuba di China dan ia lancar dan berkuasa.
Malah ia pasti akan menjadi sebab utama ramai akan tertarik akan presasi X70 ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…