Dalam hantaran daripada Facebook milik Puteri TopSales, beliau merupakan bekas penasihat jualan di sebuah cawangan pengedar Proton dan Proton X50 yang terbabas itu merupakan milik pelanggan yang pernah berurusan dengannya sejak bulan April, tahun lalu.
Menurut Puteri, kereta itu telah didaftarkan pada 1 Mac 2021 dan ia sepatutnya diserahkan pada tarikh 6 Mac yang lalu, namun disebabkan tidak lagi bekerja sebagai penasihat jualan di cawangan tersebut, urusan penyerahan tersebut tidak dibenarkan secara bersendirian dan perlu ditemani oleh penasihat jualan bertauliah yang lain.
Namun apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan, kereta tersebut tidak muncul tiba dan lebih malang lagi apabila kereta tersebut dilaporkan terbabas di sebatang jalan di sekitar Segamat.
Berdasarkan gambar yang diberikan, Proton X50 itu mengalami kerosakan yang agak teruk, dan mujur pemandu tersebut terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Cerita penuh boleh dibaca pada pautan di bawah: