Proton serah 32 unit kereta termasuk Persona dan Perdana kepada UEM Edgenta

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar kenderaan nasional, Proton dan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) baru-baru ini telah mengadakan majlis penyerahan 32 unit model Persona dan Perdana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis tersebut berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON. 

Untuk makluman, kereta itu akan digunakan untuk operasi harian Edgenta PROPEL Berhad (Edgenta PROPEL), Bahagian Perkhidmatan Infra dan anak syarikat milik UEM Edgenta lain.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican berkata, hubungan Proton dengan UEM Edgenta sudah lama terjalin sejak tahun 2002.

"Demi mencapai kecekapan operasi yang maksimum serta memastikan keselamatan kakitangan terpelihara, pihaknya memutuskan untuk melaksanakan program pembaharuan flit yang melibatkan penggantian kereta-kereta yang berumur lebih dari 10 tahun.

“Program pembaharuan flit itu akan diperluaskan menerusi langkah perolehan lori tambahan dan trak pikap sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dilihat menyampaikan replika kunci kepada Azmir sambil disaksikan Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak melakukan debut global baru-baru ini, model crossover kompak Toyota itu mendapat sambutan…
Berita Domestik
Sebanyak dua unit Isuzu GIGA FXZ360 diserahkan kepada syarikat pembinaan dari Terengganu itu.…
Berita Domestik
"Memandangkan model generasi sebelumnya hanya untuk pasaran domestik Jepun sahaja, kami tidak dapat…