Proton Preve Refinement - dua varian, harga bermula dari RM64,730

oleh Mohamad Hanif|
Proton Preve Refinement sudah boleh dilihat di booth pameran Proton bertempat di Malaysia Autoshow 2018.

Berdasarkan namanya itu sendiri, Proton dilihat tidak menukar terlalu banyak ciri yang ada pada Preve.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


 


Apa yang anda saksikan mungkin hanya sekadar perubahan kosmetik seperti kemasan berwarna hitam pada bumbung, grill hadapan, cermin sisi dan kemasan melintang pada bahagian lampu belakang.
 
Dari segi dalaman, Proton menambah baik kemasan bahagian kabin dengan penggunaan kemasan baru pada tombol gear. 

Tiada perubahan ketara pada nadi kuasa asal Proton Preve ini.

Proton masih mengekalkan enjin CFE 1.6 liter turbo digandingkan dengan penggunaan kotak gear CVT yang menghasilkan 138 hp dan 205 Nm kuasa tork yang masuk seawal 2,000 rpm putaran enjin.


Varian standard sudah pun digugurkan daripada barisan Preve dan sudah tentunya enjin IAFM tidak lagi digunakan pada Preve Refinement ini.

Apa yang pasti, Proton menyatakan aspek seperti Noise, Vibration and Harshness (NVH) kini telah ditambah baik dengan penggunaan tiga cagak enjin bagi mengurangkan penghantaran gegaran enjin kepada kabin.

Penggunaan bahan yang menyerap bunyi juga telah ditambah baik bagi mengurangkan bunyi angin kedengaran masuk ke dalam kabin. 
 


Keselamatan pengguna menjadi unique selling point (USP) Proton apabila mereka mengekalkan penawaran enam beg udara, cagak ISOFIX, ABS, EBD, ESC, dan Brake Assist untuk kesemua varian.

Ciri yang hanya ada pada varian Premium ialah follow-me light home, butang mula pandu, sistem hiburan skrin sentuh, rim 17 inci, sistem pendingin hawa satu zon, paddle shifters dan ciri lampu hadapan serta wiper automatik. 

Preve Refinement kini dijual pada harga bermula RM64,730 bagi varian 1.6 Executive manakala varian Premium dijual pada harga RM72,510 tanpa insurans.

Kesemua varian mendapat jaminan daripada Proton selama lima tahun dan perbatuan sebanyak 150,000 km.
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…