Proton Preve polis bantuan terbakar dibaling "molotov cocktail"

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Ihsan Polis
Pihak polis mengesahkan kejadian sebuah kereta polis bantuan jenis Proton Preve telah dibaling dengan bom molotov cocktai di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, awal pagi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kereta terbakar itu awal pagi tadi.

 

2

 

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pekerja p-hailing di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pihak polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dan siasatan awal mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat

 

Sumber: BERNAMA dan Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…
Berita Global
Apa yang pasti, mereka yang mahukan kereta eksotik seperti itu boleh menukarkan konfigurasi…
Berita Domestik
    Kemalangan pada pukul 3.35 petang itu mengakibatkan Lau Lee Sin, 25, dari Taman Kampung Majid…