Proton lancar secara rasmi Kempen Kerusi Kanak-Kanak

oleh DIANA ISMADI|
Proton kini telah memulakan kempen keselamatan bermula 6 Mei 2017 dengan objektif  untuk memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bagi perlindungan dan keselamatan yang sewajarnya serta ketenangan fikiran ketika memandu.

 

Photo 1 (4)

  •  Proton telah menyerahkan sebanyak tiga buah kerusi kereta kanak-kanak kepada tiga pelanggan terawal, selari dengan promosi perayaan yang kini sedang berlangsung dari 1- 31 Mei 2017.
  • Acara tersebut telah berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
  • Pelanggan boleh mendapatkan Kerusi Kereta Kanak-kanak beserta Isofix yang mendapat pengesahan keselamatan (pematuhan ECE R44/04) bernilai RM1,000 pada harga hanya RM299, dengan setiap pembelian kereta Proton.
 
 

 

Photo 4

Selain itu, Proton turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk Peraduan Experience the Drive yang berlangsung bermula Mac 2017.

  • Seiring dengan slogan Syarikat iaitu It’s in the Drive, peraduan ini merupakan antara usaha untuk menggalakkan para pelanggan memandu uji kereta-kereta Proton.
  • Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan, termasuk dua pemenang mingguan bagi kad petrol bernilai RM500 setiap satu dan seorang pemenang bulanan yang akan menerima wang tunai bernilai RM3,000.

????????????????????????????????????

  • Cara menyertai: Pelanggan hanya perlu membuat temujanji untuk memandu uji kereta Proton melalui aplikasi mudah alih MyProton di lokasi dan masa yang dipilih atau kunjungi mana-mana cawangan Proton atau lokasi siri jelajah Proton yang menawarkan unit pandu uji. Tulis slogan yang kreatif mengenai pengalaman pemanduan tidak melebihi 20 patah perkataan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan bulanan.
  • Senarai pemenang bagi April adalah seperti berikut;
  1. [email protected] Bin Tatu, dari Sabah (pemenang bulanan)
  2. Shahrizal Bin Shafii, dari Kedah (pemenang mingguan)
  3. Izyan Nadirah Dzulkifli, dari Selangor (pemenang mingguan)
  • Encik Pasiman @ Clarence Bin Tatu akan menerima tunai RM3,000 di cawangan Proton di Sabah manakala pemenang-pemenang mingguan, Encik Shahrizal Bin Shafii dan Puan Izyan Nadirah Dzulkifli, menerima kad petrol bernilai RM500 setiap satu di majlis yang diadakan di The Curve.

Photo 5 (1)

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Uncategorized
Proton Holdings Berhad kini masih menjalankan peraduan “Experience the Drive”.   Bagi anda yang…