Proton Exora dari Thailand guna nadi Mazda CX-5 2.2 diesel - Hasilkan 208 HP dan 439 Nm!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jika dibicarakan mengenai dunia modifikasi, Thailand merupakan antara negara yang terkenal dalam menghasilkan pelbagai binaan luar biasa dan gila-gila.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh modifikasi luar biasa, di mana sebuah Proton Exora disumbat dengan nadi 2.2 diesel turbo dari Mazda CX-5!

Antara nadi yang luar biasa untuk dipilih bagi disumbat masuk ke dalam Exora, namun tiada yang mustahil jika di tangan yang tepat.

 

2

 

Menurut hantaran yang sama, Exora yang menetap di Thailand itu kini menghasilkan sehingga 208 HP dan 439 Nm berdasarkan bacaan dari hasil talaan dyno.

Tidak dapat dipastikan sama ada nadi tersebut diambil bersama transmisi asalnya atau telah diubah suai, namun angka yang dihasilkan pastinya sudah mencukupi untuk sebuah MPV tujuh tempat duduk.

Sebagai perbandingan, nadi asal Exora CFE 1.6 liter turbo dipadankan dengan transmisi CVT mampu menghasilkan 138 HP dan 205 Nm.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  Sebelum tidak sedarkan diri, Nor Wahid memanggil isterinya berusia 46 tahun yang berada di…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar. berkata kejadian berlaku pada 2.40 petang dan…