Proton buka pusat badan dan cat di Serdang

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Proton secara rasminya kini telah membuka pusat baik pulih badan dan cat kenderaan melalui pengedarnya, World Car Services Sdn Bhd yang terletak di Taman Bukit Serdang.

 

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1997 sebagai pusat servis dan menjual alat ganti, serta bilik pameran dan jualan di Bukit Jalil yang beroperasi sejak dari tahun 2016.

 

Proton

 

World Car Care Services telah melabur bagi menaiktaraf perkhidmatan dan menawarkan servis yang terbaik untuk kemudahan para pelanggan.

 

Sempena bulan kemerdekaan, Proton kini sedang menganjurkan kempen “Amazing 5 Value”, dengan pelbagai tawaran hebat. Tawaran istimewa yang disediakan buat para pelanggan termasuklah pakej servis percuma selama lima tahun atau 100,000 km (termasuk alat ganti, minyak enjin dan upah) yang bernilai RM3,700.

 

Proton

 

 

Selain itu, kempen ini turut menawarkan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km dan penarafan keselamatan lima bintang untuk model tertentu. Lebih menarik lagi, Proton turut menawarkan bonus kesetiaan nasional sehingga RM1,000 kepada pemilik Proton sedia ada.

 

Proton

 

Proton

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…