Proton beri ganjaran kepada pemandu-pemandu Grab

oleh SALINA JALIL|
Proton telah meraikan rakan-pemandu dari Grab dengan memberikan ganjaran berdasarkan prestasi pemandu-pemandu Grab yang telah mengambil bahagian pada pusingan akhir cabaran Proton - Wealth on Wheels (WOW) pada 9 Ogos 2018.

Promosi WOW ini adalah hasil kerjasama PROTON dan Grab yang memberi ganjaran kepada rakan-pemandu Grab yang memandu Proton Iriz, Persona dan Saga, untuk ketekunan dan kemampuan mereka memanfaatkan dengan hanya satu tangki minyak penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk cabaran Proton WOW ini, seramai 2,181 pemandu Grab telah direkrut sejak 10 Julai sehingga 29 Julai dengan 1,000 orang pertama diberi ganjaran baucar servis kereta RM30 dari Proton. 


Tempoh kelayakan bermula dari 1-5 Ogos dengan peserta diberikan 5 hari untuk memandu di Lembah Klang dan memperoleh tambang sebanyak yang mungkin.

 

Pemandu terbaik dalam setiap kategori (Iriz, Persona dan Saga) kemudian dipilih untuk bersaing dalam pusingan akhir, bermula di Proton COE. Semua rakan-pemandu Grab yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir dihadiahkan dengan baucar bernilai RM500 setiap satu, yang boleh ditebus untuk pembelian kereta Proton baharu.

 

Setiap peserta kemudiannya menuju ke stesen minyak terdekat untuk mengisi satu tangki minyak penuh dan tangki minyak mereka ditutup dengan pelekat khas sebelum perjalanan bermula pada pukul 9 pagi untuk memperoleh tambang sebanyak yang mungkin. Sebelum pulang pada pukul 5 petang, peserta menuju ke stesen minyak terdekat ke arah COE di mana penggunaan minyak diukur.
 

 

"Proton 1-Tank Adventure mengingatkan pembeli kereta bahawa kereta Proton boleh membawa mereka ke beberapa perjalanan yang indah di sekitar Malaysia menggunakan hanya satu tangki minyak penuh. Dengan Grab, kami ingin menunjukkan rakan-pemandu mereka bahawa kereta Proton dapat membantu mereka bergerak cepat, selamat dan jimat, pada masa yang sama mempunyai baki duit yang masih banyak dalam poket mereka pada penghujung hari,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

 


Para pemandu yang berjaya memberikan prestasi terbaik untuk setiap kategori semasa pusingan akhir diberi ganjaran baucar pembelian kereta Proton bernilai RM6,888 dengan insentif khas dari Grab. Semua finalis juga akan dijemput ke majlis pelancaran SUV pertama Proton dan acara uji pandu yang eksklusif nanti.

 

Pada majlis penyampaian hadiah, Rashid Shukor, Ketua Operasi Grab Malaysia berkata, "Kami berkongsi pencapaian kami sejak bertahun-tahun dengan rakan-pemandu serta rakan kerja kami, seperti Proton. Dengan sokongan Proton, kami juga dapat membantu memberi ganjaran dan membuat pemanduan dengan Grab lebih berdaya maju dari segi kewangan dengan sokongan untuk servis kereta serta baucar pembelian kereta. Semua keputusan perniagaan adalah untuk memperbaiki kesejahteraan rakan-pemandu secara positif dan memastikan ini menjadi alatan yang sesuai bagi memudahkan pekerjaan mereka ".

 

Sebagai salah satu rakan Grab, Proton berharap promosi WOW ini akan membawa kepada lebih banyak rakan-pemandu memilih menggunakan kereta Proton untuk perjalanan mereka

 

saga

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…