Proton Bao Teng? Ini adalah Kia Yi Pao

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini kecoh tentang isu Proton mahu dijenamakan sebagai Bao Teng di China. Hakikatnya pertukaran nama tersebut adalah amalan biasa dan turut melibatkan jenama antarabangsa seperti Google, BMW, Microsoft di China.

Ia adalah supaya jenama tersebut mesra pengguna tempatan dan lebih mudah dihadam oleh orang ramai.

Sempena pameran Beijing International Automotive Exhibition yang sedang berlangsung sekarang ini, Kia dan rakan kerja sama tempatan dikenali sebagai Dongfeng Yueda Kia Motors Co., Ltd (DYK) telah mendedahkan satu model baharu iaitu Kia Yi Pao.

Tetapi sebelum itu Kia baharu ini seperti biasa dilihat tetapi di mana ya?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia YI PAO

 

Ia sebenarnya ialah Kia Stonic yang telah dilancarkan di Eropah pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi memberitahu bahawa Yi Pao direka dan dibangun secara eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Model ini sebenarnya dihasilkan untuk mereka yang berjiwa muda, pelanggan optimis dan memberi refleksi kepada gaya hidup aktif mereka.  

Selain itu, garisan tajam dan tiang C ala bumbung Targa direka supaya dapat menarik petahuan orang muda. 

Model ini hadir tepat pada masanya apabila pasaran sudah mula dipenuhi dengan Honda HR-V dan juga Mazda CX-3.

Setakat ini DYK mempunyai sebuah SUV sebagai tawaran iaitu Sportage yang sedang dijual di China dan pengenalan Yi Pao dijangka memberi lebih alternatif kepada pembeli.

Turut dipersembahkan semasa pameran China Auto ialah Kia Telluride yang sebelum ini ditayangkan di Amerika Syarikat.

 

Kia Stonic versi Eropah
Kia Stonic versi Eropah

 

Untuk YI PAO, DYK masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai nadi kuasa dan berdasarkan model yang dilancarkan di Eropah ia mempunyai beberapa  sesaran seperti 1.0 liter T-GDI berkuasa 120 PS, 1.25 liter, 1.4 liter N/A MPI petrol dan 1.6 liter turbo diesel.

Kesemua varian yang ditawarkan hanya dipacu menggunakan dua roda hadapan.

Sebelum itu apakah maksud YI PAO? Ia merujuk kepada satu pukulan atau peluang atau dalam bahasa Inggeris ialah one shot!

Tidak janggal sangat apabila mengetahui maksudnya bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Telluride Concept
Kia Telluride Concept

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…