Promosi terhad Ducati hujung minggu ini - nikmati penjimatan sehingga RM40 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Next Bike Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia kini menawarkan promosi tempoh terhad selama dua hari bersempena kempen Red Weekend 2019.

Para peminat Ducati boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM40,000 untuk model-model terpilih termasuklah Panigale V4 S, Monster 821 dan Scrambler, manakala pakej tambahan juga boleh didapati seperti sesi DRE Racetrack Academy, DRE Bike Travel Scrambler Tour Package (khas untuk pengunjung pada 27 April sahaja), Ducati Smart Service Program dan rebat 20 peratus untuk barangan Ducati. 

Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat model Hypermotard 950 yang bakal dilancarkan ketika Red Weekend kelak. 

Menurut Ketua 2-Wheel Division Naza Automotive Group, Nazman S.H.C Yusof berkata, "di Next Bike, kami setiasa mengutamakan para pelanggan kami, dan mencari peluang untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan.

"Di Malaysia, komuniti Ducati cukup besar, malah Desmo Owners Club (DOC) Malaysia kini mempunyai kira-kira 6,000 orang ahli di seluruh Malaysia," tambah beliau lagi.

Tawaran eksklusif ini hanya terhad selama dua hari sahaja, iaitu 27-28 April bertempat di Naza Automall, Petaling Jaya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ducati Riding Experience Road Academy merupakan inisiatif Ducati dalam kursus latihan motosikal…
Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…