Promosi Tahun Baru Cina dari Volkswagen - rebat sehingga RM18,000

oleh SALINA JALIL|
Sempena Tahun Baru Cina tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai keluarga Volkswagen menerusi Kempen Tahun Baru Cina “Leaders of the Pack”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen itu bukan sahaja menawarkan rebat menarik ke atas rangkaian model Volkswagen. Malah, mereka yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen mereka sebelum 28 Fabruari sememangnya cukup bertuah dan akan menerima kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188 – yang bersamaan dengan perjalanan lebih 10,000km*.

250 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan kereta mereka juga dihadiahkan dengan LEGO Volkswagen T1 Camper Van edisi terhad.

Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sehingga stok masih ada.

Model

Rebat Tunai

Tambahan

Beetle Design

RM 5,000

 

Jetta Comfortline

RM 10,000

 

Jetta Highline

RM 8,000

 

Passat Trendline

RM 18,000

Low interest rate from 0.88% per annum.

Passat Comfortline

RM 18,000

Passat Highline

RM 6,000

Polo

RM 7,000

 

Tiguan Comfortline

RM 5,000

 

Tiguan Highline

RM 3,000

 

Vento Trendline

RM 10,000

 

Vento Comfortline

RM 10,000

 

Vento Highline

RM 9,000

 

 

Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis selama tiga tahun pertama pemilikan atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu).

Program ini merangkumi kesemua kos penyelenggaraan seperti yang tertera di dalam jadual servis standard. Namun ia tidak termasuk alat ganti pakai  (wear and tear) seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.

Untuk layak ke atas promosi dan hadiah, semua tempahan kenderaan mesti dibuat dalam tempoh promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

 

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my