Promosi diskaun alat ganti tulen Hyundai - nikmati penjimatan sehingga 20% untuk alat ganti terpilih!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menggesa para pelanggannya untuk menghantar kenderaan yang ingin diservis di pusat servis Hyundai yang bertauliah bagi memastikan alat ganti yang digunakan adalah tulen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, Hyundai melancarkan promosi yang menawarkan potongan harga sehingga 20% bagi alat ganti yang terpilih sehingga 31 Julai 2018.

Promosi yang bermula ada 1 Jun 2018 itu menawarkan diskaun 10% ke atas upah pekerja, diskaun 50% untuk alat ganti tulen Hyundai Grand Starex Royale serta hadiah misteri untuk para pelanggan yang membelanjakan RM500 dan ke atas untuk servis kenderaan. 

Menurut Dennis Ho, Pengarah Urusan Sime Darby Motors berkata berpendapat kesedaran yang berterusan adalah perlu untuk mendidik kepentingan menggunakan alat ganti tulen bagi menjamin keselamatan ketika di atas jalan raya. 

Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan berita yang dikeluarkan oleh media menyatakan terdapat segelintir pengedar menggunakan alat ganti palsu jenama Hyundai dan Kia melibatkan komponen seperti penapis minyak, penapis udara, pad brek serta spark plug. 

Beliau turut menggesa para pelanggan supaya lebih berhati-hati terhadap barangan palsu yang dijual serta mendapatkan khidmat servis daripada pusat servis yang dipercayai sahaja. 

Untuk maklumat lanjut serta promosi yang berkaitan, sila layari www.hyundai.com.my atau mengikuti laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, beliau berkata walaupun Persatuan Penjual Proton (PVA) menghubungi pembuat…
Berita Domestik
PPCSB yang ditubuhkan pada 19 Jun 1992 merupakan komponen penting dalam selepas jualan PROTON…
Berita Domestik
TÉKHNĒ memasuki pasaran tempatan dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta…