Promosi Ang Pow Prosperity Deal dari Haval Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar eksklusif Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Haval di Malaysia, Go Auto Sales Sdn. Bhd. (Haval Malaysia) hari ini melancarkan promosi terbaharu mereka, Ang Pow Prosperity Deal bersempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina Februari depan.

Untuk makluman, promosi yang berlangsung di seluruh negara dari Januari hingga Mac depan itu menawarkan servis percuma selama lima tahun, penjimatan sehingga RM3000 dan ang pow sah untuk semua model tawaran Haval Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pelancaran promosi tersebut dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

"Kita (Haval Malaysia) berharap pelanggan dapat menikmati nilai yang lebih baik untuk wang mereka dengan memiliki SUV pada harga yang berpatutan dan kompetitif.

"Selain promosi tersebut, kita turut menjalankan pameran di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara," katanya.

Tambah Azli, pengguna yang berminat untuk menikmati tawaran berkenaan boleh berkunjung ke lokasi jelajah Haval Malaysia berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Berikut merupakan jadual dan lokasi pameran berlangsung:
 
1.  NSK Seremban 2, Seremban (1 – 31 Januari 2018)
2.  Tesco Taiping, Taiping (1 – 28 Januari 2018)
3.  Giant Kota Padawan, Kuching (23 – 30 Januari 2018)
4.  Tesco Saujana Impian, Kajang (24 – 30 Januari 2018)
5.  Pahang Karnival, Parking Stadium Darul Makmur, Kuantan (25 Januari – 3 Februari 2018)
6.  MAI Auto Galleria, Dataran Aman Jaya Mall, Sg Petani (26 – 28 Januari 2018)
7.  Alamanda Shopping Mall, Putrajaya (1 – 11 Februari 2018)

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan Haval Malaysia di 03-5569 7332, e-mel [email protected]., layari laman web rasmi mereka di www.haval.my, Facebook di www.facebook.com/havalmy atau ikuti laman Instagram di www.instagram.com/havalmy.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…