Projek supermoped Modenas masih berjalan!

oleh Mohamad Hanif|
Projek Supermoped dari MODENAS telah pun berjalan semenjak tahun 2014, dan semenjak dari itu, ia seakan lenyap di negara sendiri sementara Yamaha masih menerajui pasaran dengan Ysuku diikuti Honda RS150R.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Jika anda masih ingat, tahun lalu Careta pernah melaporkan berita pembatalan projek tersebut dari mulut Pengarah Urusan DRB-Hicom, Dato' Syed Faisal Albar ketika sidang soal jawab media di Melaka.

Melihatkan kepada laporan penguasaan Kawasaki Heavy Industries (KHI) sebanyak 30 peratus di dalam pegangan Modenas, rata-rata pengamal media bertanyakan soalan yang sama kepada pengurusan tertinggi Modenas - adakah projek Super Moped kini masih berjalan? 
 


Jawapan yang diterima sebenarnya masih lagi samar-samar - masih dalam perbincangan - namun ia sebenarnya merupakan jawapan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang menantikan kehadiran model pesaing kepada Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS 150 dan SYM 175i. 

Menurut Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata mereka kini sedang mengkaji semula projek yang telah dihentikan pada tahun lalu. 

Dibawah pengurusan baharu MODENAS, mereka dilihat mahu mengkaji semula projek Super Moped tersebut, termasuklah memperbaiki aspek-aspek yang penting seperti rekaan casis dan enjin yang bakal dimuatkan pada moped ini. 

Rakan kongsi baharu Kawasaki juga dilihat berminat untuk meneliti semula projek yang difahamkan menelan belanja yang tinggi sebelum ini, jadi ia bakal menjadi satu perkembangan yang menarik hadir dari pembuat motosikal tempatan. 

Selain daripada projek super moped, MODENAS juga turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan beberapa model baharu daripada Kawasaki, namun perincian masih belum didedahkan. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…