Projek naik taraf Jalan Balakong dijangka mampu selesai masalah kesesakan trafik

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemaju yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan kawasan Balakang, Parkland Group telah diberikan tanggungjawab untuk menaik taraf Jalan Balakong (FT3211).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis pecah tanah sempena naik taraf Jalan Balakong tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Tuan Baru Bian bertempat di Balakong, petang tadi.


Menurut Baru Bian, projek ini akan dikawal selia oleh Majlis Perbandaran Kajang bersama Jabatan Kerja Raya Selangor mengikut piawaian jalan yang telah ditetapkan.

Projek naik taraf jalan sepanjang 0.8 km ini menelan belanja kira-kira RM8 juta dan turut membabitkan pembinaan jalan berkembar empat lorong, naik taraf persimpangan berlampu isyarat, pemasangan lampu jalan, naik taraf saliran longkang dan juga pengalihan utiliti.

Projek ini dijangka akan bermula pada bila-bila masa di dalam masa terdekat dan pihak pemaju menjangkakan projek ini bakal menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang sering kali melanda Jalan Balakong setelah siap kelak.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja…
Berita Domestik
  Projek terbahagi kepada lima fasa ini mengikut perancangan dan garis masa ditetapkan Jabatan…
Informasi
  "Hasil siasatan JKR mendapati jambatan berkenaan tidak mengalami keretakan seperti dinyatakan…