Projek LRT3 tetap diteruskan seperti biasa - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditemubual siang tadi menegaskan projek pembangunan LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) akan diteruskan seperti biasa.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat pada bulan lepas, di mana kesemua projek mega termasuklah Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dan tiada sebarang bentuk penangguhan akan dikenakan terhadap projek-projek tersebut.

 

tren


Beliau ketika ditemui baru-baru ini turut mengakui sistem pengangkutan awam di negara kita masih lagi bermasalah terutama di kawasan luar bandar.

Projek LRT3 memiliki laluan sepanjang 37.8km termasuk 2km di bawah tanah.

 

LRT3


Pembinaannya sudah bermula pada Ogos 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada 28 Feb 2024.

Difahamkan terdapat 20 stesen di sepanjang laluan, dengan lima stesen utama dan 20,000 lot parkir di enam stesen dan ia dijangka mampu menampung 18,630 penumpang sejam bagi setiap laluan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Akan tetapi, kita mengalakkan pemasangan ‘dashcam’ terutamanya pada kenderaan-kenderaan daripada…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang…
Berita Domestik
"Stesen itu akan menjalani penambahbaikan untuk menjadikannya lebih moden, cekap dan dihubungkan…