Projek HSR batal, kerajaan perlu bayar pampasan - Dr Mahathir

oleh Mohamad Hanif|
Keputusan kerajaan untuk membatalkan projek High Speed Rail (HSR) di antara Kuala Lumpur dan Singapura berkemungkinan besar menyebabkan Malaysia perlu membayar denda penalti sehingga 500 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini, Dr. Mahathir berkata beliau perlu mengesahkan jumlah tersebut sama ada perlu dibayar dalam mata wang ringgit ataupun dollar Singapura.  
 


Menurut Dr. Mahathir, jarak perjalanan HSR yang terlalu pendek tidak memberikan pulangan yang lumayan kepada projek tersebut. 

Walaubagaimanapun, kerajaan akan mencari jalan perbincangan dengan Singapura untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
 


Pada 5 April, MyHSR Corp Sdn Bhd mengumumkan konsortium Malaysian Resources Corp Bhd dan Gamuda Bhd sebagai rakan pengendali projek untuk bahagian utara, manakala Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan TH Properties Sdn Bhd telah ditugaskan untuk mengendalikan projek bahagian selatan. 

Sebanyak lapan stesen dirancang - Bandar Malaysia, Sepang-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri - dengan menjadikan Stesen Jurong East di Singapura sebagai stesen terakhir. 

Operasi HSR KL-Singapura ini dijangka beroperasi sekitar 2026 dan mampu mengurangkan masa perjalanan daripada kedua tempat tersebut kepada 90 minit, jauh lebih cepat berbanding perjalanan empat jam menaiki kereta.