Projek hartanah terbaharu Sunway tawar kemudahan pengecas EV untuk setiap unit kondo!

oleh Mohamad Hanif|
Careta yakin, pada saat artikel ini ditulis, sudah ramai yang mula tertarik dan mempertimbangkan keputusan untuk mendapatkan sebuah kereta elektrik untuk kegunaan seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat mereka yang mempunyai hartanah sendiri, tidak menjadi masalah untuk terus memasang kemudahan pengecasan EV di rumah masing-masing.

Untuk mereka yang tinggal di kediaman bertingkat-tingkat seperti penulis, perkara tersebut perlu diberikan pertimbangan yang rapi.

Tidak banyak kediaman bangunan tinggi yang sudi menyediakan kemudahan pengecasan untuk kenderaan elektrik, dan anda juga perlu mengambil kira faktor kemudahan stesen pengecasan yang berhampiran jika benar-benar mahu memandu sebuah EV.
 

alishan


Penulis tertarik dengan satu iklan rumah baharu yang sedang dibangunkan oleh Sunway Property, iaitu Sunway Alishan yang terletak berdekatan dengan EkoCheras Mall.

Ini kerana selain daripada akses mudah ke laluan utama Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta pelbagai lagi ciri-ciri canggih untuk sebuah kondominium baharu, pihak pembangun turut menyediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik untuk setiap unit!
 

BMW


Penawaran ini sudah pasti satu peluang yang sukar untuk dilepaskan, memandangkan tidak banyak bangunan kediaman tinggi baharu di ibu kota yang menyediakan kemudahan tersebut.

Anda boleh merujuk kepada pautan INI dan INI untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung unit kondo berharga bermula RM880 ribu ini.

Berita Berkenaan

Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…
Berita Domestik
Melalui kerjasama itu, Gentari menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, akan…
Berita Domestik
  Laporan dari Kosmo menyatakan bahawa kejadian berlaku berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa…