Project Gold Porsche 993 Turbo - binaan one-off untuk biayai badan amal Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pengeluar yang ingin menghasilkan semula model yang sudah beberapa tahun dihentikan fasa produksinya, melainkan jika model tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi kepada para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai contoh, beberapa hari yang lalu kami telah memperlihatkan Aston Martin bekerjasama dengan EON Productions untuk menghasilkan semula model replika ikonik Aston Martin DB5 yang mempunyai kaitan dengan filem James Bond.


Kebiasaannya model-model yang lama akan menjadi perhatian syarikat penala dan orang perseorangan yang meminati bidang restomod (restorasi + modifikasi) untuk menghasilkan karya seni yang mengkagumkan banyak pihak. 

Namun, di pihak Porsche lain pula kisahnya apabila mereka dilihat mempunyai tujuan yang berbeza di dalam menghasilkan kembali sebuah model berdasarkan rangka asal 993. 

 


Model one-off ini dikatakan telah mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk disiapkan dengan menggunakan kira-kira 6,500 alat ganti tulen Porsche Classic. 

Nadi enjin 3.6 liter bentangan flat-six turbo berkembar pula dipasang serba baharu dan menghasilkan output kuasa yang serupa seperti mana model original diproduksikan - iaitu sekitar 445 bhp. 
 


Porsche Exclusive Manufaktur yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan 911 Turbo S Exclusive telah diamanahkan untuk menyiapkan kemasan luaran pada Porsche 993 ini dengan menggunakan warna yang serupa - Golden Yellow Metallic. 
 


Menghiasi ruang arca roda pada keempat-empat penjuru Project Porsche 993 ini ialah rim aluminium jenis hollow-spoke dengan hiasan gelang berkembar berwarna emas pada setiap rim. 

Pada bahagian dalaman pula, ia menampilkan kemasan daripada kulit hitam yang diselang-selikan dengan jahitan berwarna emas hasil kerja daripada Porsche Classic. 


 


Memandangkan projek Porsche 993 emas ini merupakan projek one-off, Porsche tidak begitu berminat untuk meletakkan harga jualan, sebaliknya kereta ini akan dihantar untuk dilelong di Porsche's Atlanta Experience Center pada 27 Oktober ini.

Kesemua hasil lelongan ini akan disumbangkan kepada Ferry Porsche Foundation yang ditubuhkan pada tahun ini untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dari segi pendidikan dan kewangan. 
 


Buat mereka yang memiliki duit bertingkat-tingkat di dalam rumah agam, ada berita yang kurang baik bagi anda, kerana Porsche 993 ini sebenarnya telah disahkan tidak layak untuk digunakan di jalan sekitar Eropah berdasarkan undang-undang pelepasan emisi semasa. 

Diharapkan ada insan yang kaya raya mampu membawa balik model tunggal ini ke jalan Malaysia untuk tatapan kita bersama. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…