Program WTP MAI bantu usahawan bengkel tingkatkan prestasi jualan

oleh DIANA ISMADI|
Majlis Graduasi Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI bersama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, di Kuala Terengganu telah menghimpunkan 80 bengkel yang berjaya menamatkan sembilan bulan latihan WTP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis berlangsung seiring dengan Majlis Jalinan Perniagaan Sektor Selepas Jualan, yang juga merupakan salah satu program yang dianjurkan MAI. Program ini membantu bengkel-bengkel berhubung terus dengan syarikat-syarikat alat ganti melalui kaedah pemadanan perniagaan (Business Matching).

 

MAI WTP

 

“Usahawan-usahawan bengkel program WTP di Terengganu telah menunjukkan prestasi menyeluruh yang memberangsangkan, dengan purata peningkatan pendapatan mencecah 71 peratus, atau RM100,000 sebulan,” kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, MAI.

 

MAI WTP

 

Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama 9 bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’ Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

 

Program WTP mengfokuskan lima aspek pengurusan perniagaan seperti berikut:
1.Pengurusan Akaun
2.Pengurusan Pekerja
3. Pengurusan Jualan
4. Pengurusan Pemasaran
5. Pengurusan Tabiat Keusahawanan.

 

MAI WTP


Sekitar 1409 bengkel di seluruh negara telah menyertai program WTP yang telah bermula sejak tahun 2014.

 

Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Haji Roslee Bin Daud, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan YM Dr. Tengku Khairi A.Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

 

MAI WTP