Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Pengedaran dan Runcit, Sime Darby Motors Malaysia menjelaskan, "peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di bawah Hyundai Promise adalah selari dengan pertumbuhan pasaran kenderaan terpakai di Malaysia.
Dengan adanya operasi Hyundai Promise di Jalan Klang Lama, ia mampu memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.
Kenderaan pra-milik yang dijual menerusi Hyundai Promise didatangkan dengan jaminan alat ganti dan enjin tulen, malah pemeriksaan ketat dilakukan oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan kondisi mekanikal dan elektrik berada dalam keadaan yang baik sebelum dijual.
Pelanggan juga tidak perlu risau kerana semua kenderaan pra-milik adalah bebas daripada kemalangan besar, selain didatangkan dengan jaminan dua hingga lima tahun bergantung kepada usia dan jarak perbatuan yang tercatat.
Hyundai Promise Centre dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dan hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.