Program yang menyasarkan sehingga 4,000 orang tenaga mahir menjelang akhir 2019 yang mampu memikul Revolusi Industri Keempat, dengan objektif memperkenalkan dan meningkatkan implementasi penghasilan pintar, automasi, robotik dan sebagainya.
Program IPC Industry4WRD disusun khas untuk golongan yang baru sahaja menghabiskan sesi persekolahan, yang memfokuskan kepada skil yang mampu memenuhi keperluan Industri 4.0.
Susunan modul pula terdiri daripada sesi teori 14 hari yang merangkumi topik seperti pengenalan Industri 4.0, pembuatan aditif, Augmented Reality (AR), robot autonomi, dan juga pembuatan pintar.
Ia juga turut menyentuh aspek kemahiran lembut seperti etika kerja, pengurusan kewangan serta budaya komunikasi tempat kerja.
Kesemua modul ini direka untuk memberikan satu asasi berbentuk konsep bagi memastikan para pelatih menghargai kemahiran praktikal yang akan dibentuk menerusi program IPC INDUSTRY4WD.
Mengakhiri sesi teori, para pelatih akan menjalani modul Latihan-semasa-bekerja (OJT) di dalam pelbagai industri untuk tempoh 150 hari untuk merasai sendiri pengalaman pekerjaan dunia sebenar.
Elaun serta bayaran lebih masa akan diberikan namun tahap perkembangan setiap pelatih akan dipantau dan dinilai secara berterusan oleh MARii dalam usaha memastikan peningkatan kemahiran yang diperlukan.
Sehingga kini, terdapat sejumlah 1,185 pelatih lepasan IPC INDUSTRY4WD telah melengkapkan modul teori dan bakal ditempatkan di dalam industri untuk fasa berikutnya.
Sebanyak 17 buah cawangan UiTM seluruh negara yang menawarkan program persijilan IPC INDUSTRY4WD ini termasuklah:
1.UiTM Cawangan Perlis , Kampus Arau
2.UiTM Cawangan Terengganu , Kampus Bukit Besi
3.UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun
4.UiTM Cawangan Pahang , Kampus Jengka
5.UiTM Cawangan Sabah , Kampus Kota Kinabalu
6.UiTM Cawangan Sarawak , Kampus kota Samarahan
7.UiTM Cawangan Negeri Sembilan , Kampus Kuala Pilah
8.UiTM Cawangan Kedah , Kampus Merbok
9.UiTM Cawangan Sarawak , Kampus Mukah
10.UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
11.UiTM Cawangan Pulau Pinang , Kampus Permatang Pauh
12.UiTM Cawangan Pahang , Kampus Raub
13.UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
14.UiTM Cawangan Negeri Sembilan , Kampus Seremban 3
15.UiTM Cawangan Perak , Kampus Sri Iskandar
16.UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah
17.UiTM Cawangan Sabah, Kampus Tawau.
MARii juga sedang merangka beberapa cabang program khusus di dalam IPC INDUSTRY4WD bagi memenuhi keperluan khas industri automotif, termasuklah Cybersecurity in Smart Manufacturing, Simulasi, Kejuruteraan Berbantu Komputer (CAE), Kembar Digital dan Analisis Data.
Majlis pelancaran itu tadi disempurnakan oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta turut dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani Sahari.