Bagi yang belum tahu, pada 2015, Prime Video telah mengambil pasukan Top Gear yang asal untuk menghasilkan siri jelajah The Grand Tour melibatkan trio hos terkenal iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.
Perkara itu terjadi selepas BBC memutuskan hubungan dengan Clarkson akibat insiden yang melibatkan hos terkenal itu menumbuk salah seorang penerbit rancangan Top Gear.
Baru-baru ini, Clarkson nampaknya akan mengalami nasib yang sama buat kali kedua apabila Prime Video dilaporkan akan berpisah dengan hos terkenal itu.
Minggu lepas juga, satu lagi rancangan melibatkan hos terkenal itu iaitu Clarkson Farm turut dibatalkan akibat isu yang melibatkan Jeremy Clarkson dan Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry.
Sebelum ini, Clarkson ada mengeluarkan komennya mengenai Meghan Markle diterbitkan dalam tabloid The Sun, yang mencetuskan kontroversi terhadap hos terkenal itu.
Ini berkemungkinan menyebabkan Clarkson tidak lagi muncul dalam mana-mana rancangan Prime Video terutamanya The Grand Tour selepas tahun 2024.
Selepas insiden itu juga, Jeremy Clarkson ada mengutuskan surat kepada Putera Harry dan mengeluarkan permohonan maaf akibat isu yang dicetuskan.
Sumber: Variety