Prestasi kewangan Lotus semakin baik, jangka keuntungan penuh pada FY 2017/2018

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lotus selama bertahun-tahun berada dalam situasi kewangan yang tidak memuaskan, atau senang kata beroperasi dalam kerugian.

Ini adalah normal memandangkan pengeluar kereta berprestasi berada dalam pasaran kecil. Benar, kereta berprestasi hanya gah pada angka harga jualan dan bukan angka jualan itu sendiri.

Pengeluar segmen sama kebiasaannya berada dalam naungan syarikat besar seperti Kumpulan VW dan Fiat-Chrysler (FCA).

Atau jika mahu kekal bebas, anda boleh juga menarik pelabur besar dan kukuh seperti yang dilakukan McLaren.

 

Prestasi kewangan Lotus semakin baik, jangka keuntungan penuh pada FY 2017/2018

 

Ini pula berita positif dari Lotus. Untuk tahun kewangan 2016/17, Lotus Group International Limited (LGIL) mencatat keputusan kewangan yang agak baik.

Lotus menamatkan tahun kewangan tersebut dengan EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan/ammortization) positif sebanyak GBP 2 juta.

Ini adalah pencapaian cemerlang memandangkan EBITDA tahun kewangan 2015/2016 mencatatkan kerugian EBITDA sebanyak GBP 16.3 juta. 

 

Prestasi kewangan Lotus semakin baik, jangka keuntungan penuh pada FY 2017/2018

 

Selain itu, untuk bahagian keuntungan sebelum cukai (Profit before Tax), kerugian juga berjaya dikecilkan dari GBP 41.2 juta pada tahun kewangan 15/16 kepada kerugian GBP 11.2 juta pada tahun kewangan 16/17.

Lotus sebenarnya mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak GBP 10 juta pada suku kedua 16/17 berbanding kerugian enam bulan sebelumnya.

Lotus menjangkakan untuk mencatat keuntungan sepenuhnya pada tahun kewangan 17/18.

Prestasi kewangan semakin baik itu disumbang oleh barisan produk yang telah dikemaskini seperti Evora, Exige, Elise dan juga Lotus 3-Eleven.

Lotus juga telah melancarkan produk di beberapa pasaran baharu dengan menambah pusat jualan dari 138 pada tahun 2014 kepada 215 sehingga hari ini.

 

Prestasi kewangan Lotus semakin baik, jangka keuntungan penuh pada FY 2017/2018

 

Lotus terdiri dari dua syarikat utama iaitu Lotus Cars dan Lotus Engineering dengan 850 staf di serata dunia dan sekarang ini berada dalam posisi terbaik untuk membangunkan kereta generasi baharu.

Pemilikan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dilihat mampu menyuntik dan menyediakan asas untuk Lotus terus maju ke hadapan.

Kebiasaannya dalam situasi begini, syarikat akan tampil dengan model konsep di pameran antarabangsa untuk menarik minat pasaran sebelum melancarkan model sebenar dalam masa 24 bulan selepas itu.

Jalan masih panjang dan harapnya, bukan sekadar janji-janji sahaja lagi. Walaupun dimiliki oleh ZGH, Lotus tetap juga dimiliki oleh syarikat tempatan melalui Etika Auto.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…