Presiden Jokowi saran Indonesia kaji kenderaan elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menyatakan hasratnya agar negara tersebut mula mengkaji akan penggunaan kenderan elektrik sepenuhnya atau EV yang mampu menjadi jawapan kepada impak perubahan cuaca global dan memelihara alam semulajadi.

Menurut Antara News, Jokowi berkata begitu sewaktu sesi lawatan Hari Lebaran Betawi di Sebu Babakan, Jakarta Selatan.

"Kerajaan Indonesia haru bersedia dengan undang-undang khas dan penyelidikan teknologi kenderaan supaya Republik Indonesia lebih bersedia dengan perkembangan semasa," ujar Jokowi.

 

jokowi

 

Beliau juga berkata kerajaan republik itu perlu mengkaji insentif-insentif yang boleh diberikan kepada pelabur industri itu dan juga kos penyelidikan yang dilakukan.

Sementara itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Galian Indonesia berhasrat untuk membina kenderaan EV sendiri bersama Kementerian Industri.

Ia juga pernah bermesyuarat akan mewujudkan mekanisma stesen pengecaj bateri untuk EV.

Sementara itu di Malaysia, pertumbuhan kenderaan EV masih bergiat lancar dan pembinaan stesen-stesen pengecaj boleh dilihat di tempat-tempat parkir.

Namun begitu, masih tidak ada aplikasi yang dilancarkan untuk menyambungkan kesemua tempat-tempat caj itu agar boleh ditempah oleh pengguna EV.

 

comos

 

Syarikat kenderaan sewa EV, COMOS telah dilancarkan dalam tahun 2015. Kenderaan EV renault Zoe boleh disewa untuk dipandu dari stesen EV ke stesen EV yang ditetapkan.

Sayangnya ia tidak begitu popular kerana konsep sewa kenderaan sebegitu mungkin terlalu baharu dan kosnya yang lebih tinggi dari teksi.

Pelancaran Uber dan Grab juga mungkin memberi impak besar terhadap projek COMOS.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024…
Berita Global
  Presiden Indonesia itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sudah mengadakan rundingan bersama…
Berita Global
  Perkhidmatan HSR tersebut adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat…