K8 ini pada dasarnya adalah 'perkahwinan' di antara Kia dan Hyundai Genesis (kini dikenali sebagai Genesis G80).
Bekas Ketua Pereka BMW dan Infiniti, Karim Habib, yang kini mengetuai Global Design Center Kia telah memaklumkan bahawa Kia K8 ini mengambil inspirasi dari kapal layar termaju di dunia.
Berikut adalah beberapa rumusan dari segi reka bentuk Kia K8 baharu ini:
- signature gril frameless ‘tiger nose’ yang baharu
- corak kisi berlian yang rumit di bahagian gril
- lampu depan bersama dengan isyarat putaran yang menyerupai bintang
- logo Kia yang baharu di depan dan belakang
- panjang 5,015mm
- kemasan krom di sepanjang barisan Daylight Opening dan bahagian bawah pintu
- lampu belakang mendatar dengan susunan corak permata di bawah bibir spoiler
Tidak ada maklumat lanjut yang diberikan tentang K8 yang baharu ini, tetapi sekiranya ia mungkin berkongsi spesifikasi teknikal dengan Genesis G80, ia bakal hadir dengan enjin petrol 2.5L Turbo inline-4 (304 kuasa kuda, 421Nm), petrol Turbo V6 3.5L (380 kuasa kuda, 530Nm) dan diesel turbo 2.2-turbo 2.2L (210 kuasa kuda) ) beserta transmisi lapan kelajuan automatik.
Video disertakan di bawah ini: