Potong 'Q' - 45 pemandu disaman

oleh SALINA JALIL|
Seramai 45 pemandu terima pengajaran apabila dikenakan tindakan saman setelah melakukan kesalahan memotong secara bahaya di Kilomater 0.1 Lebuh Raya EDL – Susur Jalan Stulang Darat, awal pagi semalam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, operasi yang dijalankan bermula pukul 7.30 hingga 9 pagi, sebanyak 45 saman POL.257 telah dikeluarkan di bawah Kaedah 6(1) LN 166/59.

 

Katanya, operasi dijalankan susulan aduan awam berkaitan sikap sesetengah pemandu yang tidak sabar dan terlalu mementingkan diri apabila melakukan kesalahan memotong barisan terutamanya pada waktu puncak.

 

“Operasi yang dijalankan awal pagi tadi untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya dalam memastikan kesalahan ini dapat dibendung dan dikawal supaya tidak berlarutan.

 

“Dalam operasi yang dijalankan itu, seramai 45 pemandu dikesan memandu secara berbahaya dan menjejaskan aliran trafik serta menyusahkan orang lain. Kesemua mereka dikenakan tindakan saman,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu…
Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli…
Berita Domestik
"Saya masih keliru mengapa pelanggan memfailkan kes terhadap saya," kata responden berusia 38 tahun…