Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model QSD320-XD2-MI berkuasa elektrik akan diuji dalam persekitaran lapangan terbang.
Sepanjang tempoh tersebut, pihak Pos Aviation akan mengumpulkan data prestasi, kecekapan dan manfaat alam sekitar penggunaan traktor elektrik tersebut untuk menilai kebolehlaksanaan sebelum mereka beralih sepenuhnya kepada EV daripada traktor berkuasa diesel.
Buat masa ini, pihak Pos Aviation mempunyai lebih 60 unit traktor berkuasa diesel.
Pos Aviation juga sedang merancang peta jalan melibatkan penggunaan EV yang lebih meluas merentasi pelbagai aspek operasinya, merangkumi pengendalian bagasi dan kargo, serta perkhidmatan penyelenggaraan.