Porsche Vision Gran Turismo - jentera lumba maya untuk PS4, PS5

oleh Mohamad Hanif|
Porsche baru-baru ini mendedahkan secara rasmi kereta lumba maya Porsche Vision Gran Turismo yang direka khusus untuk permainan video Gran Turismo 7.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Permainan Gran Turismo 7 ini akan dilancarkan oleh Polyphony Digital pada 4 Mac 2022 dan boleh dimainkan menerusi platform permainan PS4 dan PS5.

Porsche telah pun ditampilkan dalam permainan tersebut sejak tahun 2017, namun ini merupakan kali pertama pengeluar Zuffenhausen itu tampil dengan kereta eksklusif mengikut jejak langkah Mercedes, McLaren, Lamborghini dan Jaguar.
 

Porsche


Menurut Peter Varga, Pengarah Rekaan Luaran Porsche AG berkata, "Porsche Vision Gran Turismo lebih dari sekadar fantasi permainan, ia merupakan gambaran realistik terhadap masa depan yang akan membantu pembangunan kami untuk tahun-tahun mendatang.

Matlamat utama penghasilan Vision Gran Turismo ini adalah sebuah jentera  yang kecil, ringan, dan cekap tenaga dengan rekaan profil badan yang serba rendah.
 

Vision


'Jentera maya' ini diperbuat daripada bahan gentian karbon dan titanium sementara rekaan sisi yang berkeluk itu diinspirasikan daripada model Mission R, namun dengan pendekatan yang lebih dramatik.

Vision Gran Turismo juga turut membawakan elemen rekaan daripada model produksi semasa, seperti contoh grafik empat LED pada lampu utama yang diposisikan rendah, lampu belakang LED melintang penuh serta spoiler belakang adaptif yang mampu bertindak sebagai brek udara.
 

GT


Ruang kabin pula menempatkan posisi duduk yang sangat rendah, roda stereng berbentuk yoke, konsol tengah yang nipis, serta kluster instrumen jernih.

Biarpun Porsche menyifatkan Vision Gran Turismo sebagai sebuah kereta lumba elektrik, tiada sebarang spesifikasi rasmi didedahkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Secara keseluruhan, para jurutera dan pemandu uji telah memandu 911 baharu di dalam program…
Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…