Porsche kuasai 20 peratus pegangan dalam syarikat eBike Fazua GmbH

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada serius dalam arena kereta elektrik (EV), Porsche juga mahu kehadiran mereka kuat di dalam kategori basikal elektrik (eBike).
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam perkembangan terbaharu, Porsche dilaporkan menguasai 20 peratus pegangan di dalam syarikat eBike Fazua GmbH, dan terdapat opsyen ditawarkan untuk membeli lebih banyak saham bagi membolehkan Porsche menguasai Fazua sepenuhnya.
 

Fazua


Mungkin satu nama yang jarang didengari, namun Fazua GmbH disifatkan oleh Porsche sebagai salah sebuah pengeluar sistem pacuan eBike yang inovatif, serta perintis di dalam pembangunan teknologi pacuan yang kompak dan ringan.

Malah, lebih daripada 40 buah jenama sebenarnya menggunakan teknologi daripada Fazua.
 

Fazya


Selain daripada itu, Porsche juga turut menjalinkan dua usahasama strategik dengan Ponooc Investment B.V. di dalam mobiliti elektrik, salah satu daripadanya adalah untuk membangun, memasang dan mengedar Porsche eBikes, sementara satu lagi kerjasama adalah berhubung penyelesaian teknologi di dalam pasaran mobiliti mikro yang pesat perkembang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Secara keseluruhan, para jurutera dan pemandu uji telah memandu 911 baharu di dalam program…
Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…