Namun, ia tidak pernah menghalang Porsche daripada terus meneroka kemungkinan dan peluang untuk membangunkan sebuah Porsche 911 berkuasa elektrik, terutama dengan teknologi baharu yang muncul pada ketika ini.
Laporan daripada Electrek yang memetik artikel Manager Magazin menyebut Porsche sedang membangunkan model 911 versi elektrik yang bakal dilengkapi dengan teknologi bateri keadaan pejal (solid-state).
Menurut laporan itu lagi, Porsche bekerjasama dengan syarikat pembangun bateri keadaan pejal dari Amerika, Quantumscape dalam memadankan teknologi tersebut ke dalam kereta sports dua pintu tersebut.
Teknologi bateri keadaan pejal ini berkemungkinan besar akan ditampilkan terlebih dahulu pada model 911 versi 'sporty hybrid' seperti yang diumumkan sendiri oleh CEO-nya, Oliver Blume dalam sidang media tahunan Porsche minggu lalu.
Malah, Blume turut mendedahkan lebih banyak kejutan yang bakal diperlihatkan daripada barisan model 911 kelak.
Teknologi bateri keadaan pejal ini mempunyai potensi yang cukup besar dalam arena kenderaan elektrik, di mana ia mampu menawarkan jarak operasi yang lebih jauh, masa pengecasan yang lebih pantas, serta mengurangkan risiko kebakaran yang kerap kali dikaitkan dengan kereta elektrik.
Sumber: Electrek, Manager Magazin