Porsche Cayenne dilancarkan - dua varian enjin V6, harga di atas jalan bermula dari RM745k

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) selesai melancarkan generasi ketiga Porsche Cayenne dengan penampilan enjin turbo terbaharu, transmisi Tiptronic S lapan nisbah kelajuan baharu, dan casis yang serba baharu ditambah dengan ciri sokongan hubungan yang terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dilancarkan dengan dua varian, iaitu Cayenne yang hadir dengan enjin 3.0 liter turbo V6 yang menghasilkan 340 hp dan daya kilas 450 Nm, manakala Cayenne S pula didatangkan enjin 2.9 liter twin-turbo V6 yang menghamburkan 440 hp dan 550 Nm daya kilas.


Dengan gandingan enjin terkini, Cayenne mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 6.2 saat (5.9 saat dengan pakej Sport Chrono) manakala Cayenne S lebih pantas satu saat berbanding varian terendah (4.9 saat dengan pakej Sport Chrono).

Pembangunan Cayenne Sara baharu ini adakah berdasarkan kereta sports ikonik 911 yang menampilkan kawalan stereng pada gandar belakang.

Sistem pacuan empat roda adalah ciri standard yang turut dilengkapi  sistem kawalan kestabilan Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) dan sistem gantungan udara jenis three chamber yang memberikan tahap pengendalian yang mantap disamping tidak mengorbankan tahap keselesaan. 
 


Porsche menawarkan konsep pencahayaan tiga peringkat, menggunakan lampu jenis LED dengan ciri suluhan matrix (matrix beam) serta pilihan ciri eksklusif Porsche Dynamic Light System (PDLS) yang turut menawarkan lampu suluhan membelok dan lampu lebuhraya yang serba bijak mengurangkan tahap silau kepada pengguna jalan raya yang lain.

Dari segi pemanduan, sistem transmisi Tiptronic S telah ditala semula dengan nisbah gear yang lebih sporty supaya memberikan respon yang cepat selain menjimatkan penggunaan bahan api dan pemanduan yang lebih santai.

Bagi memberhentikan Cayenne dengan lebih berkesan, Porsche kini menampilkan penggunaan sistem brek Porsche Surface Coated Brake (PSCB) dengan lapisan tungsten-karbaid pada cakera brek bertujuan untuk Menambah kadar cengkaman ketika proses pemberhentian serta mengurangkan habuk brek yang terhasil. 
 


Mengikuti jejak langkah model yang terdahulu, Sport Chrono Package juga turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan kepada para pembeli Cayenne. 

Ia hadir dengan beberapa mod pemanduan seperti Normal, Sport dan Sport Plus yang mana boleh dikonfigurasikan mengikut ketetapan pemandu. 

Sport Chrono Package juga turut dilengkapi dengan sistem berasingan mod PSM Sport yang membolehkan pemandu menggunakan sepenuh keupayaan yang ada pada Cayenne ini. 
 


Untuk kemudahan pemandu serta penumpang di dalam Cayenne, Porsche Cayenne dilengkapkan dengan Porsche Advanced Cockpit yang terdiri daripada dua skrin bersaiz tujuh inci serba moden, mewah dan sporty memaparkan informasi penting serta data pemanduan semasa. 

Bahagian tengah pula menampilkan skrin sentuh sebesar 12.3 inci berdefinisi penuh yang disalin secara terus daripada Porsche Communication Management (PCM) yang sebelum ini hadir pada Porsche Panamera 2017.

PCM turut menawarkan enam tetapan individu yang boleh diubahsuai mengikut ketetapan peribadi yang turut merangkumi ciri pemanduan, sistem bantuan, tetapan lampu serta sistem audio terbaharu daripada Bose dan Burmester
 


SDAP menetapkan harga jualan atas jalan bermula dari RM745,000 untuk Porsche Cayenne dan RM890,000 untuk Porsche Cayenne S, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran serta insurans. 

Menurut SDAP, harga yang diumumkan akan terpakai pada model yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2018 tertakluk kepada pengumuman semasa kerajaan. 

Selain daripada itu, Porsche turut menawarkan skim pembiayaan Porsche 360 Financing berupa skim pinjaman alternatif fleksibel yang memberikan penjimatan sehingga 30%. 

Untuk mendaftarkan minat terhadap Porsche Cayenee, sila hubungi Pusat Pameran Porsche yang tertera:

Porsche Centre Glenmarie:    +60(3) 5030 9911
Porsche Centre Sungai Besi: +60(19) 675 9911
Porsche Centre Penang:        +60(19) 400 9911

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Berita Domestik
Cayenne CKD Kulim ini didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348…