Porsche buka pusat jualan ke-100 di Guangzhou China

oleh Afandi Che Muhamad|
Sedar akan status China sebagai salah satu pasaran terbesar industri automotif dunia, Porsche bijak memanfaatkan peluang yang terhidang dengan melebarkan pengaruh sedia ada menerusi pembukaan sebuah lagi pusat jualan baharu di negara Tembok Besar itu.

Untuk rekod, pembukaan pusat jualan baharu yang terletak di Guangzhou itu merupakan yang ke-100 seumpamanya dibina pengeluar kereta terkemuka dari Jerman itu khusus bagi memenuhi permintaan pasaran di Asia.

Dinamakan sebagai 'Porche Studio', ruang pameran berkeluasan kira-kira 5,000 kaki persegi ini mengguna pakai konsep inovatif sama seperti sebuah lagi pusat jualan sebelum ini (Porsche on Sylt).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kewujudan Porsche Studio ini dijangkakan mampu melonjakkan pengeluar kereta berkenaan semakin hampir kepada matlamat mereka untuk berinteraksi dengan pengguna baik secara berhadapan mahu pun menerusi capaian maya.

 

pic 1

 

Ahli Lembaga Eksekutif yang juga Pengarah Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev Von Platen berkata, pihaknya menempatkan lima buah model Porsche di dalam ruang pameran berkenaan dan setiap satu daripadanya boleh diakses pelanggan menerusi konfigurasi iPad.

"Pelanggan berupaya mereka dan memilih pilihan warna untuk disesuaikan dengan citarasa masing-masing menerusi teknologi ini.

"Keputusan mewujudkan fasiliti ini (Porsche Studio) dibuat selepas meneliti semula graf permintaan pasaran di sini (China) terutamanya terhadap model sport empat pintu," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Tambah Von Platen lagi, langkah itu dianggap signifikan bagi menjayakan hasrat menawarkan pengalaman pemanduan versi maya dan sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Porsche China, Franz Jung menegaskan bahawa pihaknya percaya dengan adanya penawaran teknologi digital seumpamanya bakal menguatkan lagi jenama berkenaan sekali gus mampu membuka peluang mereka untuk bekerjasama dengan beberapa nama besar automotif lain.

Jelas Jung, pihaknya kini menggerakkan rencana baru mereka untuk mewujudkan sebuah lagi Pusat Penawaran Pengalaman Porsche (Porsche Experience Centre) baharu yang dijadualkan dibina di Shanghai dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Porsche telah mengimport lebih dari 5,000 model Boxster dan Cayman 718 ke China sepanjang tahun lalu (2017). Banyak bukan?

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…