Porsche 919 Hybrid Evo catat masa terpantas di Spa-Francorchamps

oleh Mohamad Hanif|
9 April 2018. Ketika suhu litar mencatatkan angka 13° Celcius, sebuah Porsche 919 Hybrid versi Evo telah memecahkan rekod terpantas di Spa-Francorchamps dengan kelajuan tertinggi dicatatkan 359km/jam dan kelajuan purata 245.61km/jam.

Pemandu jentera Porsche tersebut, Neel Jani menghabiskan satu pusingan litar sejauh 7.004km Litar Belgian GP dengan catatan masa terbaik direkodkan 1 minit 41.770 saat.

Rekod terbaru ini telah mengalahkan rekod terdahulu yang telah dicapai oleh Lewis Hamilton menggunakan jentera Mercedes F1 W07 Hybrid dengan kelebihan masa sebanyak 0.783 saat. Dengan rekod baru ini juga, mereka mencatatkan masa 12 saat lebih pantas berbanding rekod World Endurance Championship (WEC) mereka tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dengan misi membebaskan diri dari sebarang peraturan perlumbaan, jurutera pasukan perlumbaan Porsche kini lebih serius membangunkan jentera mereka.


Jentera pantas ini menggunakan enjin kompak 2.0 liter bentangan V4 turbo dilengkapi dengan sistem pemulihan tenaga kinetik (KERS). Tenaga kinetik yang terhasil akan disimpan di dalam bateri lithium ion sebelum disalurkan kepada motor elektrik yang terletak pada gandar hadapan. 


Pada perlumbaan terdahulu, enjin V4 tersebut mampu menjana kuasa sebanyak 500hp terima kasih kepada kepada alat yang digelar fuel flow motor. Namun, untuk sesi kali ini, mereka tidak lagi terikat dengan peraturan tersebut. Dengan bantuan perisian yang telah dikemaskini dan dijana menggunakan bahan api standard perlumbaan E20 (20% bio-ethanol), kini 919 Hybrid Evo mampu menghamburkan kuasa sebanyak 720 kuasa kuda! 


Kesan daripada pembebasan itu, kuasa daripada motor elektrik juga meningkat kepada 440 kuasa kuda. 


Bagi mendapatkan catatan masa tersebut, berat asal jentera ini telah dikurangkan sebanyak 39 kilogram menjadi 849 kilogram sahaja. Michelin juga turut membantu membekalkan tayar yang mampu memberikan tahap cengkaman yang tinggi untuk kegunaan Porche. 


Kejayaan Porche tidak berhenti setakat ini. 919 Tribute Tour, gelaran kepada misi Porche 919 Hybrid Evo ini mempunyai beberapa destinasi seperti:
1. Pertunjukan demo di litar Nurburgring pada 12 Mei
2. Goodwood Festival of Speed pada 12-15 Julai
3. Festival Porche di Brands Hatch pada 2 September
4. Porche Rennsport Reunion di Laguna Seca pada 26-29 September.