Porsche 911 klasik ini hasil kerja Singer Vehicle Design

oleh Muhammad Md Tajudin|
Porsche 911 adalah satu kereta ikonik dunia. UNESCO seeloknya mempunyai satu kategori dalam bidang pengangkutan sebagai penghormatan kepada objek yang turut mengharungi sejarah.

Jika kategori itu wujud, Porsche 911 patut diiktiraf sebagai warisan dunia.

Porsche 911 generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1963 dan ia masih kekal relevan sehingga kini. Suatu yang menarik tentang 911 ialah setiap generasi kekal menarik dan seolah-olah ia mewakili era semasa ia dipasarkan.

Model 911 atau 991 terkini nampak moden, canggih dan sofistikated. Model-model sebelum itu pula tampak klasik dan malar segar sehingga kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

1989 Porsche 911 Reimagined by Singer Vehicle Design

 

Di antara 911 klasik yang masih nampak cantik sehingga kini ialah model tahun 1984 hingga 1989.

Buktinya boleh dilihat pada model baik pulih ini.

Singer Vehicle Design yang beroperasi di Califronia dan terkenal dalam membaik pulih Porsche 911 telah berjaya menjelmakan model ini dengan baik.

Projek terbaru Singer dipamerkan semasa Goodwood Festival of Speed baru-baru ini dengan foto-foto yang telah tular di alam maya.

 

1989 Porsche 911 Reimagined by Singer Vehicle Design

 

Hasil kerjanya begitu menggagumkan seolah-olah baru dikeluarkan dari butik fesyen kelas tinggi.

Unit ini ibarat sebuah masterpiece dari Singer. Ini adalah model 911 yang paling ekstrem dibaikpulih dan dimodifikasi oleh Singer.

Menurut laman web Evo UK, Singer telah bekerjasama dengan firma dari United Kingdom dan nama besar dalam sukan Formula 1 iaitu Williams Advanced Engineering bagi menaiktaraf enjin, casis dan badan 911 ini.

Projek ini dikenali sebagai Dynamics and Lightweighting Study dan akan menjadi asas kepada projek-projek baikpulih Singer pada masa akan datang.

 

1989 Porsche 911 Reimagined by Singer Vehicle Design

 

Unit yang dibaik pulih semula ini menggunakan sejumlah bahagian badan yang diperbuat daripada material ringan seperti gentian karbon, magnesium dan titanium seterusnya menjadi berat kasar kepada 990 kg sahaja.

Untuk kuasa pula, hasil daripada modifikasi enjin 4.0 liter aspirasi normal, angka yang dicapai ialah 500 bhp di mana kombinasi dengan berat badan mampu menjadikan kereta klasik ini ibarat lipas kudung!

911 yang telah dibaik pulih semula oleh Singer bukan biasa-biasa. Harga permulaan ialah AS 300,000 dan boleh mencecah sehingga AS 800,000.

Lebih mengujakan apabila unit yang dibida pada acara lelongan mencecah sehingga melebihi AS 1 juta!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

1989 Porsche 911 Reimagined by Singer Vehicle Design

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Classic Study ini bermula sebagai sebuah Porsche 911 (964) Targa tahun 1990, di mana ia…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Porsche Motorsport North America sendiri dilaporkan akan…
Berita Global
Namun menerusi model ACS (All-Terrain Competition Study) ia merupakan satu contoh yang terbaik bagi…