Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 28 tahun itu, ditahan kira-kira 3.30 petang di sekitar kawasan Banting dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang motosikal lain, dan bertindak menahan kenderaan orang awam dan membakar mercun di jalan raya.

"Lelaki itu kini ditahan di lokap Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut, dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Ridhwan berkata bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat juga telah mengeluarkan tiga saman terhadap suspek berkaitan kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis kini giat mengesan dua lagi suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu yang tular di media sosial," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam tadi…
Berita Domestik
Video berkenaan turut memaparkan beberapa konvoi motosikal mengiringi sebuah kenderaan jenis Toyota…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…