Polis tahan empat lelaki buat aksi Superman di LPT1

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis telah menahan tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah kerana disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah, Lebuhraya Pantai Timur 1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal berkenaan dan melakukan tangkapan ke atas kesemua suspek lelaki berusia antara 15 dan 22 tahun itu di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran.

"Kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5ZR turut mengalami beberapa kecederaan antaranya di bahagian tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Mazlan berkata pihaknya masih memburu seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 09-2716222.

Sebelum ini tular video berdurasi 28 saat mempamerkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "Superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di LPT1.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang motosikal berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…