Polis Sri Aman kesan pemandu Kembara halang laluan ambulans

oleh Mohamad Hanif|
Polis Daerah Sri Aman, Sarawak dalam satu kenyataan rasmi akan mengambil tindakan terhadap pemandu Perodua Kembara kerana menghalang laluan ambulans berdasarkan video tular pada 5 Januari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku di KM 6 Jalan Sri Aman-Kuching, di mana sebuah Perodua Kembara bernombor pendaftaran QSE5666 didapati menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

 


Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendan Mathew Manggie berkata, pemandu itu dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

Difahamkan, berdasarkan kenyataan dalam video yang tular sebelum ini, seorang pesakit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital disebabkan sikap pentingkan diri pemandu Kembara tersebut.

Berita penuh: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…